• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2017 Dijangka Perkukuh Ekonomi Negara – Ahmad Husni

oleh Ahmad Albab
11/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bajet 2017 yang akan dibentangkan minggu depan, diharap akan mengukuhkan kedudukan ekonomi negara pada masa depan, kata bekas Menteri Kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata Malaysia perlu melaksanakan ekonomi yang lebih berinovatif dan melaksanakan dasar transformasi pekerja yang berkemahiran tinggi untuk terus berkembang maju.

“Malaysia perlu fokus untuk meningkatkan ekonomi kerana struktur semasa ekonomi kita tidak boleh bertumbuh dan jika ikutkan ekonomi berasaskan buruh sekarang, kita pasti akan dipintas negara Indonesia dan Vietnam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Forum Anggota Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) di sini, hari ini.

Bajet 2017 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 21 Oktober ini.

Ahmad Husni yang juga presiden AFPPD berkata negara perlu mentransformasikan sektor pengeluaran serta kemahiran tenaga kerja selain membangunkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Mengulas lanjut, Ahmad Husni yang juga anggota Parlimen Tambun berkata beliau akan turut mengambil peluang berbahas mengenai Bajet 2017 pada hari pertama perbahasan dimulakan.

“Saya sebagai bekas menteri saya akan lihat kesemua aspek dan saya akan suarakan melalui perspektif saya,” katanya.

Seramai 30 anggota Parlimen daripada 13 negara menghadiri forum dua hari itu yang membincangkan mengenai persediaan menghadapi status negara menua yang dijangka pada 2030. – BERNAMA

Tags: Bajet 2017Husni Hanadzlah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Husni Yakin BN Mampu Sapu Bersih Tambun

29/04/2018
0

IPOH - Bekas Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah yakin Barisan Nasional (BN) akan menyapu bersih kerusi Parlimen...

‘Saya Orang Anwar, Tapi Saya Tinggalkan Dia’ – Husni

01/11/2017
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mendedahkan bahawa enam tokoh pembangkang yang parti mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd