• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Australia Tak Campur Kes ‘Spender’ Bendera Kita

oleh
05/10/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CANBERRA – Kerajaan Australia tidak akan campur tangan dalam sistem keadilan Malaysia, kata Menteri Luarnya, Julie Bishop ketika diwawancara sebuah stesen televisyen tempatan.

Ia susulan penangkapan sembilan rakyatnya kerana memakai seluar dalam bercorak bendera Jalur Gemilang ketika acara perlumbaan Formula Satu Grand Prix Malaysia di Sepang, Selangor lewat Ahad lalu.

Bishop berkata kerajaan Australia juga tidak boleh sewenang-wenangnya “menyelamatkan” mereka, yang dijangka dihadapkan ke sebuah mahkamah majistret tempatan hari ini.

Kesemuanya disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu niat sengaja mengaibkan bertujuan memecah belah keamanan dan Seksyen 14 kanun sama kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

“Saya tidak pasti sama ada ia akan dilihat sebagai kesilapan. Ia memang dirancang. Mereka memakai seluar dalam itu selepas beli di Australia,” kata Bishop dalam rancangan temubual Today menerusi Channel 9 Australia.

Beliau kemudian mengakui perbuatan rakyatnya tersebut sebagai bercanggah dengan budaya setempat walaupun mungkin dianggap sesuatu yang agak biasa di Australia sendiri.

spender1

Kesemua lelaki yang ditahan berumur 25 hingga 29 tahun dengan salah seorang daripadanya ialah Jack Walker, penasihat kepada Menteri Industri Pertahanan Australia, Christopher Pyne.

Polis Daerah Sepang berkata, pihaknya mempunyai bukti cukup mendakwa kumpulan lelaki berkenaan kerana aksi mereka, yang dikatakan dalam keadaan mabuk, turut dirakamkan.

Bishop dalam pada itu berkata Canberra boleh memberikan khidmat konsular kepada sembilan lelaki itu seperti juga yang diberikannya kepada kira-kira 1,300 rakyat Australia dalam tahanan di luar negara.

Bagaimanapun, beliau berkata Australia tidak boleh membebaskan mana-mana rakyatnya yang berdepan masalah dengan pihak berkuasa negara lain jika ditahan kerana melakukan kesalahan domestik.

“Kita tidak boleh mencampuri urusan perundangan negara lain seperti juga negara lain itu pun tidak boleh campur tangan urusan perundangan kita sendiri,” jelas Bishop lagi.

Beliau bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan permohonan maaf dan tidak menyatakan sama ada Kementerian Luar Malaysia mengemukakan bantahan susulan insiden itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Australia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan keperluan tenaga dalam...

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

15/12/2025
0

SYDNEY: Lelaki dan anaknya disahkan Polis Australia sebagai suspek serangan tembakan di Pantai Bondi, Sydney, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 nyawa,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd