• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Artis Tubuh Kelab Sokong Perjuangan UMNO

oleh
19/10/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 13 artis terpanggil untuk menubuhkan Kelab UMNO Artis Tanahair (KUAT) dalam usaha membalas budi serta menzahirkan sokongan teguh mereka kepada UMNO.

Presidennya, Datuk A. Rahman Hassan berkata, antara aktiviti dirancang ialah menarik lebih ramai artis menyertai kelab itu setelah didaftarkan secara rasmi oleh pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada 5 Oktober lalu.

Penubuhan kelab tersebut ujar beliau, juga bertujuan menarik lebih ramai ahli dalam kalangan artis tempatan agar bersama-sama membantu memberi kesedaran tentang kepentingan parti yang banyak berjasa kepada negara itu.

“Tujuan kelab ini ditubuhkan bukan untuk mencari salah mana-mana pihak, sebaliknya lebih tertumpu untuk kita membalas budi UMNO yang banyak berjasa kepada negara daripada zaman kami lahir hingga kini,” ujarnya.

UMNO jelas A. Rahman, banyak berbakti kepada negara daripada dahulu sehingga sekarang. Beliau menyatakan demikian dalam satu sidang media sempena penubuhan kelab itu di Bangunan UMNO Lama, di sini baru-baru ini.

KUAT

Selain A. Rahman, penggiat seni yang menerajui kelab itu ialah Datuk Yusof Haslam selaku Timbalan Presiden KUAT, manakala Azlee Jaafar ‘Senario’ sebagai setiausaha agung dan Datuk Ziela Jalil pula menjadi bendahari.

Antara ahli jawatankuasanya pula ialah Datuk Nash, Khir Rahman, Datuk Azman Salleh, Datin Paduka Shuhaimi Baba, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Suhaimi Mohd. Zain, Rahim Jailani, Dira Abu Zahar dan Liza Abdullah.

Dalam pada itu, A. Rahman berkata, beberapa program bakal dijalankan dengan kerjasama kelab UMNO yang lain bagi memberi kesedaran kepada pihak luar khususnya artis tempatan mengenai jasa parti keramat Melayu tersebut.

“Kita akan menjalankan beberapa aktiviti yang bersifat kebajikan dan program jelajah dengan beberapa pihak di seluruh negara bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai khususnya para artis tanah air itu sendiri.

“Diharap aktiviti yang dianjurkan itu sedikit sebanyak dapat bantu parti tunjang Barisan Nasional ini dalam usaha mengembalikan kepercayaan semua lapisan rakyat kepada UMNO,” ujar A. Rahman. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd