• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Tingkatkan Keselamatan Di Utara Sarawak

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak mahu mengetatkan penguatkuasaan dan pemantauan di sepanjang pantai kawasan utara negeri itu terutama bagi menangani pencerobohan kapal asing.

Sehubungan itu, Pengarah APMM Wilayah Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Ismaili Bujang Pit berkata pihaknya berharap pembinaan Kompleks Pentadbiran APMM Miri ada dalam Bajet 2017 yang akan diumumkan Jumaat ini.

Katanya tapak bagi kompleks itu telah dikenal pasti di Pulau Melayu dan jika lampu hijau diberikan untuk pembinaannya, ia pasti akan meningkatkan kekuatan APMM di sini.

“Ia (Kompleks Pentadbiran APMM Miri) berada dalam senarai teratas kerana kami bersaing dengan Kuantan, Pahang, dan kami berharap menerima peruntukan itu,” katanya selepas melancarkan Program Sahabat Maritim di Kampung Kuala Bakam, di sini hari ini.

Katanya, antara tumpuan APMM di Sarawak adalah menangani pencerobohan nelayan asing di Miri.

Ketika ini, APMM Miri beroperasi di Tebingan Sungai Miri sejak 2006 dan kompleks baharu itu dicadangkan di tapak seluas dua hektar di Pulau Melayu yang turut mempunyai kuarters kakitangan.

Setakat ini APMM Sarawak hanya mempunyai satu kompleks pentadbiran dan kuarters yang terletak di Muara Tebas, Kuching.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan Bajet 2017 pada 21 Oktober ini.

Sementara itu, mengenai cadangan pangkalan udara APMM di Miri, Ismaili berkata, ketika ini pihaknya masih menunggu keputusan daripada pihak berkuasa yang berkaitan.

Awal tahun ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dipetik sebagai berkata kerajaan bercadang menambah aset APMM Miri termasuk mengadakan pangkalan udara bagi menangani masalah pencerobohan. – BERNAMA

Tags: APMMsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

09/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga...

Asap Jerebu Sarawak Datang Dari Mana?

Asap Jerebu Sarawak Datang Dari Mana?

23/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan dari mana datangnya asap tebal yang menyebabkan sebahagian besar Sarawak diselubungi jerebu sejak beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd