• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APM Kuala Muda Siap Siaga Fenomena Air Pasang Besar

oleh AK-47
14/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Sebanyak 60 anggota pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Muda bersiap siaga menghadapi fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku di daerah ini, esok.

Pegawai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda, Lt.Muda Pertahanan Awam Azahar Ahmad berkata pihaknya sudah mula melakukan pemantauan bermula hari ini selain melakukan latihan simulasi bersama agensi keselamatan yang lain.

Fenomena itu kali ini, katanya dijangka turut menjejaskan lebih 1,000 penduduk dari Kampung Sungai Yu, Kampung Sungai Meriam, Kampung Paya, Kampung Ujung Matan, Kampung Padang Salim, Kampung Masjid, Kampung Baru Pulau Sayak dan Kampung Sungai Pial di Tanjung Dawai.

Jangkaan bacaan ketinggian ombak bermula esok sehingga 20 Okt ini berada dalam lingkungan 2.8 hingga 3 meter, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya Pasukan Tindak Balas Kecemasan Pertahanan Awam-Komuniti turut diaktifkan yang terdiri daripada 60 orang termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Penghulu dan penduduk kampung.

“Pasukan ini juga akan turut membantu memberi bantuan kecemasan kepada mangsa apabila berlaku fenomena air pasang besar atau bencana alam lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu, Mohd Razmi Abd Rashid berkata sejumlah 27 pegawai dan anggota bersiap sedia untuk memantau keadaan di kawasan yang dijangka terlibat iaitu di sepanjang pesisir pantai di Kota Kuala Muda.

“Malah kita turut meletakkan sebuah jentera bomba dalam keadaan bersedia di sana (Kota Kuala Muda) bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku,” katanya. – BERNAMA

Tags: air pasang besar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

Air Pasang Besar, Kuala Kedah Dinaiki Air Laut

Air Pasang Besar, Kuala Kedah Dinaiki Air Laut

07/05/2023
0

ALOR SETAR : Beberapa kawasan di Kuala Kedah dinaiki air laut berikutan fenomena air pasang besar yang bermula hari ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd