Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

5 Kluster Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Lima kluster baharu Covid-19 dikenal pasti hari ini membabitkan tiga...

LTTE: 2 ADUN DAP...

GEORGETOWN - Status dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang ditahan di bawah...

PM Thailand Tangguh Lawatan...

BANGKOK – Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-ocha menangguhkan lawatannya ke Amerika Syarikat (AS)...

Tun M Pula Mahu...

KETIKA diktator Robert Mugabe berundur sebagai Presiden Zimbabwe, pembangkang di Malaysia pula menamakan...

Anifah Ketuai Delegasi Malaysia Ke ICFM Di Uzbekistan

PUTRAJAYA – Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi Ke-43 Majlis Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (ICFM) di Uzbekistan bermula Selasa ini.

ICFM merupakan mesyuarat tahunan Menteri-menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk membincangkan kemajuan dalam pelaksanaan keputusan dan resolusi yang diterima pakai pada Sidang Kemuncak dan mMesyuarat Majlis Menteri-menteri Luar sebelumnya.

Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata mesyuarat itu, yang diadakan di Tashkent, bakal membincangkan isu-isu politik, ekonomi dan sosiobudaya yang melibatkan ummah.

Anifah dijadualkan menyampai kenyataan negara pada ICFM, yang akan memberi tumpuan perbincangan kepada tema ‘Education and Enlightenment – Path to Peace and Creativity’ (Pendidikan dan Pencerahan: Laluan Menuju Keamanan dan Kreativiti).

“Mesyuarat juga akan mengkaji dan meluluskan program, belanjawan dan laporan kewangan serta pentadbiran Sekretariat Agung OIC dan badan-badan subsidiari lain OIC,” kata kenyataan itu.


Selain itu, Anifah dijangka mengadakan mesyuarat dua hala dengan beberapa rakan sejawatannya bagi membincangkan isu-isu yang menjadi perhatian dan mempunyai kepentingan bersama.

Penyertaan Malaysia ke mesyuarat itu sekali lagi membuktikan komitmen dan sokongan berterusan negara kepada usaha OIC untuk memperkukuh ikatan perpaduan dan solidariti dalam kalangan negara anggota OIC. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori