• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Air Pasang Besar: Politeknik Sultan Idris Shah Bercuti 5 Hari

oleh Ahmad Albab
13/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) di Sabak Bernam membenarkan 4,600 penuntutnya bercuti selama lima hari susulan fenomena air pasang besar yang dijangka melanda kawasan pesisir pantai Selangor Ahad ini.

Pengarah PSIS, Norehan Md Shariff berkata politeknik berkenaan akan dikosongkan mulai Sabtu ini susulan laporan bahawa fenomena tersebut dijangka berlaku selama empat hari mulai Ahad ini hingga Rabu.

Beliau berkata ia merupakan langkah keselamatan yang terpaksa diambil berikutan institusi berkenaan berada hanya 50 meter dari ban Sungai Lang dan berisiko dilanda banjir terutama di kawasan rendah jika air laut naik melebihi paras benteng tersebut.

“Kesemua penuntut disaran mengemas semua barang dan letak di tempat tinggi, iaitu di tingkat tiga atau empat asrama. Kemudian mereka akan mula mengosongkan asrama mulai Sabtu dan boleh bercuti sehingga Rabu ini.

“Namun bagi penuntut yang tinggal jauh atau dari Sabah dan Sarawak, PSIS akan mengumpulkan mereka di satu lokasi khas atau ditempatkan di pusat pemindahan banjir berhampiran,” katanya kepada Bernama hari ini.

Norehan berkata tindakan itu adalah selaras dengan syor pihak pengurusan bencana daerah supaya mengosongkan bangunan sepanjang tempoh berkenaan setelah PSIS ditenggelami banjir setinggi 2.1 meter (tujuh kaki) pada fenomena September lepas.

Katanya semua aktiviti yang dirancang sepanjang tempoh itu juga akan ditunda atau dibatalkan, namun pihaknya tidak menolak kemungkinan cuti berkenaan akan dilanjutkan sekiranya bencana banjir semakin buruk.

Tambah Norehan, pihak PSIS juga mengharapkan tindakan membenarkan penuntut bercuti tatkala menghadapi peperiksaan akhir semester yang dijadual bermula 22 Okt ini tidak menjejaskan persiapan mereka.

Bagaimanapun katanya, politeknik itu akan melihat semula keperluan sama ada untuk meneruskan jadual peperiksaan seperti yang telah ditetapkan atau sebaliknya, bergantung kepada perkembangan semasa penuntut selepas meneruskan semula sesi kuliah Khamis depan.

Pada 19 Sept lepas, PSIS dan beberapa kawasan rendah lain di sekitar Sungai Lang dilanda banjir kilat berikutan fenomena air pasang besar menyebabkan keseluruhan padang politeknik itu ditenggelami air.

Manakala Jumaat lepas, Jawatankuasa Bencana Selangor melaporkan fenomena berkenaan sekali lagi dijangka berlaku pada Ahad dengan kenaikan paras air dijangka setinggi 5.6 hingga 5.7 meter yang boleh menyebabkan beberapa kawasan di pesisir pantai berisiko mengalami banjir dan ditenggelami air. – BERNAMA

Tags: air pasang besar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

Air Pasang Besar, Kuala Kedah Dinaiki Air Laut

Air Pasang Besar, Kuala Kedah Dinaiki Air Laut

07/05/2023
0

ALOR SETAR : Beberapa kawasan di Kuala Kedah dinaiki air laut berikutan fenomena air pasang besar yang bermula hari ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd