• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Air Pasang Besar Di Pesisir Pantai Selangor 16 Oktober

oleh AK-47
07/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Penduduk yang tinggal di kawasan pesisir pantai Selangor diminta mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi kemungkinan berlakunya banjir berikutan fenomena air pasang besar di negeri itu.

Setiausaha Jawatankuasa Bencana Selangor Kol Ahmad Afandi Mohamad berkata ia berikutan kenaikan paras air laut dijangka berada pada paras tertinggi iaitu mencecah 5.7 meter antara 16 hingga 19 Oktober ini.

“Kita jangka semasa tempoh tersebut akan berlaku fenomena air laut pasang besar yang mampu mencecah 5.6 meter ke 5.7 meter yang menyebabkan beberapa kawasan di pesisir pantai dan berisiko banjir akan ditenggelami air.

“Justeru, kita meminta penduduk di kawasan berkenaan membuat persediaan dan berpindah ke pusat pemindahan berdekatan bermula pukul 2 petang 15 Oktober,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Antara kawasan yang dijangka terlibat ialah Sungai Serdang, Bandar Klang, Taman Melawis, Kampung Tok Muda Pendamaran, Taman Selat Damai, Kampung Sungai Pinang, Kampung Sungai Lima dan Pulau Ketam di Klang; Kampung Sungai Air Tawar dan Sungai Tengar (Sabak Bernam).

Pasir Penambang, Bagan Pasir dan Pantai Remis (Kuala Selangor); Pesisir Pantai Bagan Lalang (Sepang); Pantai Kelanang dan Pesisir Tanjung Sepat (Kuala Langat).

Ahmad Afandi berkata pihaknya dan anggota daripada pelbagai agensi keselamatan termasuk polis dan bomba juga telah diarahkan membuat pemantauan 24 jam sepanjang tempoh fenomena air pasang besar berlaku.

“Kita jangka lebih banyak keluarga akan ditempatkan di pusat pemindahan berbanding hanya 52 keluarga ketika fenomena itu berlaku September lepas kerana ketika itu paras air laut hanya mencecah 5.4 meter.

“Bagi mengurangkan impak limpahan air laut, kita juga mengambil langkah membina benteng beg pasir di beberapa kawasan pesisir pantai negeri ini selain memperbaiki ban yang rosak akibat fenomena air pasang besar yang lepas,” katanya. – BERNAMA

Tags: air pasang besar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

Air Pasang Besar, Kuala Kedah Dinaiki Air Laut

Air Pasang Besar, Kuala Kedah Dinaiki Air Laut

07/05/2023
0

ALOR SETAR : Beberapa kawasan di Kuala Kedah dinaiki air laut berikutan fenomena air pasang besar yang bermula hari ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd