• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Air Pasang Besar: 28 Kawasan Di Kuala Perlis Berisiko Banjir

oleh Ahmad Albab
17/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PERLIS – Sebanyak 28 kawasan berisiko dijangka dilimpahi air laut berikutan fenomena air pasang besar di sepanjang persisiran pantai Kuala Perlis mulai esok hingga Selasa ini.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perlis, Mej. (PA) Mohd Farid Ishak berkata kawasan yang dikenal pasti ialah Kampung (Kg) Pulau Ketam, Kg Tengah, Kg Tandiap, Kg Seberang Alor, Kg Seberang Tok Pi dan Kg Puju.

Kawasan lain ialah Kg Tanah Baru, Kg Perak, Kg Belakang Kilang, Kg Sungai Siput, Taman Kuala Perlis, Kg Nelayan, Kg Tanah Baru, Taman Bukit Kubu, Taman Sentosa, Taman Peladang Jaya, Taman Utara Jaya Fasa 1 dan 2 serta Taman Berlian.

Selain itu, Kg Sungai Kurong Tengar, Kg Sungai Berembang, Kg Bohor Pahit, Kg Pulau, Kg Sg Baru, Kg Mengimang, Kg Sungai Belati, Kg Sungai Padang, Kg Padang Keria dan Kg Kuala Sanglang turut berisiko, katanya.

Menurut Mohd Farid banyak kawasan rendah di sepanjang pantai di negeri ini dijangka dilanda banjir kilat jika keadaan laut bergelora, angin kencang dan hujan berterusan berlaku serentak.

“APM Perlis bersiapa siaga menghadapi bencana ini. Orang ramai harus bersedia dan mengikut arahan sekiranya diarahkan berpindah ke pusat penempatan,” katanya selepas membuat pemantauan di sepanjang pantai Kuala Perlis lewat malam tadi.

Antara pusat pemindahan yang disediakan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Ramai, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Khay Beng, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis, Pejabat Kemas Kuala Perlis, SK Sungai Baru, SK Datuk Ahmad Musa dan SK Padang Keria.

“Walaupun air pasang dijangka sederhana, orang ramai tidak boleh mengambil ringan,” kata Mohd Farid.

Katanya air pasang tertinggi di pesisir pantai Kuala Perlis ialah pada pukul 12.30 tengah malam tadi mencecah 3.3 meter. Ketinggian ombak dijangka melepasi 3.5 meter esok dan lusa yang melepasi tembok penghadang dan boleh menyebabkan banjir kilat.

Air pasang hari ini dijangka bermula pukul 12.40 tengah hari dan boleh mencecah 3 meter tinggi. – BERNAMA

Tags: air pasang besarPerlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd