• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Zahid Lawat Arab Saudi Mulai Hari Ini

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi mulai hari ini hingga 16 Oktober ini.

Menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini dalam lawatannya itu, Ahmad Zahid dijadual mengunjungi Raja Salman Bin Abdulaziz Al-Saud, Putera Mahkota Mohammad Bin Naif Al-Saud dan Timbalan Putera Mahkota Mohammed Bin Salman Al-Saud.

Beliau turut dijadual menemui Gabenor Makkah di Jeddah, Putera Khalid Al-Faisal.

Menurut kenyataan itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri akan mengunjungi Pusat Kaunseling dan Penjagaan Mohammad Bin Naif, iaitu pusat deradikalisasi Arab Saudi di Riyadh, serta ‘Madinah Knowledge Economic City’ di Madinah.

Selain itu, beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan Majlis Perniagaan Malaysia-Arab Saudi (MSBC) di Jeddah dan masyarakat Malaysia termasuk pegawai dagang dan pelajar di Riyadh dan Madinah.

Menurut Kementerian Luar, lawatan berkenaan memberi peluang kepada para pemimpin Malaysia dan Arab Saudi untuk membincangkan pelbagai isu kepentingan bersama khususnya dalam bidang kerjasama keselamatan.

Sepanjang lawatannya itu, Ahmad Zahid akan diiringi oleh isteri Datin Seri Hamidah Khamis, pegawai-pegawai kanan kerajaan dari Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muhyiddin Berduka PN Dibatal, Ingatkan Pemimpin Jangan Salah Guna Kuasa

Muhyiddin Berduka PN Dibatal, Ingatkan Pemimpin Jangan Salah Guna Kuasa

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa dukacita terhadap keputusan pembatalan pendaftaran...

Segala Yang Tuanku Buat Selama Ini Adalah Untuk Johor…Nape Ada Yang Kepanasan?

Segala Yang Tuanku Buat Selama Ini Adalah Untuk Johor…Nape Ada Yang Kepanasan?

21/10/2026
0

Oleh Mynewshub RENCANA — Pelik sungguh perangai sesetengah orang. Yang diperjuangkan ialah kepentingan Johor, yang hendak dibangunkan ialah Johor, yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd