• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adun Datuk Keramat Rayu Bantuan Atasi Banjir

oleh Ahmad Albab
01/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Datuk Keramat Jagdeep Singh Deo berharap kerajaan persekutuan akan menyalurkan bantuan segera untuk menangani masalah banjir kilat di kawasan diwakilinya itu.

Beliau berkata keseluruhan kerja untuk mengatasi masalah itu akan menelan kos kira-kira RM654 juta, termasuk RM333 juta untuk meningkatkan kualiti air Sungai Pinang.

“Kami berharap kerajaan persekutuan dapat menyalurkan peruntukan kepada kami RM321 juta untuk kerja mitigasi terlebih dahulu, kerana ia merupakan bahagian paling penting untuk mengatasi isu banjir kilat di sini,” kata Jagdeep, yang juga pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan negeri pada sidang media di sini hari ini.

Dalam kawasan Datuk Keramat iaitu Kampung Dodol, Kampung Hasyim Yahaya, Jalan Perak dan Jalan P. Ramlee – merupakan kawasan rendah yang dikenal pasti sering dilanda banjir sejak sekian lama.

Berikutan musim hujan sudah bermula, kawasan berkenaan telah dua kali dilanda banjir kilat pada bulan ini. – BERNAMA

Tags: adunBanjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ADUN DAP Pulau Tikus Kata Beliau Bantu Melestarikan Syiar Islam

ADUN DAP Pulau Tikus Kata Beliau Bantu Melestarikan Syiar Islam

09/08/2026
0

GEORGE TOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pulau Tikus, Joshua Woo Sze Zeng mendakwa beliau membantu melestarikan syiar...

Gabungan 10 ADUN BN, PN Angkat Sumpah EXCO Negeri Sembilan

Gabungan 10 ADUN BN, PN Angkat Sumpah EXCO Negeri Sembilan

07/08/2026
0

KUALA PILAH - Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd