• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Ular Bersetubuh Di Kolam Renang Rumah Orang

oleh
12/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY – Seorang penduduk di Gold Coast, Australia, terkejut besar apabila menjumpai lapan ekor ular yang sedang melakukan hubungan seks sesama mereka di kolam renang belakang rumahnya.

Kolam tersebut sendiri sebenarnya sudah lama tidak pernah digunakan lagi oleh pemilik kediaman itu dan juga ahli keluarganya sendiri, menurut laporan stesen penyiaran tempatan, ABC yang dipetik pelbagai media tempatan.

Ray dan Sue Jeffrey, pemilik rumah tersebut, ketika itu sedang menjamu tetamu di balkoni belakang rumah mereka di Nerang ketika seorang rakannya terperanjat apabila melihat adanya seekor ular di dalam kolam renang tersebut.

“Saya segera memanggil isteri saya yang berada di dapur, dan ketika dia melihat ke dalam kolam, ternyata rupa-rupanya ada beberapa ekor ular lagi yang saling asyik bersetubuh penuh aktif,” kata Ray kepada pihak ABC News.

8 Ular Bersetubuh Di Kolam Renang Rumah Orang

Dia kemudian bertindak pantas dengan menghubungi dua ahli penangkap ular tempatan, Samuel Howard dan Katie Eales. Mereka bergegas masuk ke dasar kolam dengan Ray memegang telefon pintar yang memiliki lampu suluh.

“Kedua-duanya dengan tangan kosong berjaya ambil semua ular itu untuk dimasukkan ke dalam guni. Mereka kemudian keluarkan ular tersebut dan kira satu per satu sebelum dimasukkan ke dalam guni lainnya,” kata Ray.

Samuel dalam pada itu menyatakan dia belum pernah menangkap ular sebanyak itu sekali gus. Ular pohon adalah satu daripada dua spesies yang terdapat di Gold Coast dan sering mengadakan jimak dengan berbilang pasangan.

“Biasanya mereka senyap dalam melakukan kegiatan ini, jadi kadang-kala tidak kelihatan atau disaksikan,” katanya serta mendakwa dinding kolam yang retak dan air tidak banyak lazim menjadi tempat kegemaran ular tersebut.

8 Ular Bersetubuh Di Kolam Renang Rumah Orang

“Air yang ada di kolam tersebut kebetulan banyak dipenuhi dengan kodok dan ular pohon sangat menyukai katak ini,” kata Samuel sambil menjelaskan ular tersebut suka hidup antara celah dinding retak di kolam kurang air.

“Kita anggar bagi ular ini ia adalah tempat terbaik dengan air yang tidak banyak, banyak mangsa, ada lubang kecil di dinding, dan kebetulan ketika ini musim mengawan, semua keluar manaka terjadilah peristiwa ini,” katanya lagi.

Ular betina lazimnya bertelur sehingga 25 biji setiap musim mengawan dan mereka kemudian melepaskan ular berkenaan yang sebenarnya tidak berbisa, di satu kawasan hutan kecil tidak jauh dari kediaman penduduk.

Samuel turut meluahkan perasaan gembira apabila dapat menyaksikan secara langsung acara unik perlakuan seksual reptilia berkenaan yang jarang terjadi sepanjang hidupnya sendiri. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Australiaular
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan keperluan tenaga dalam...

Penyamaran Hampir Sempurna: Awas ‘Ular Kapak’ Di Laluan Hutan

Penyamaran Hampir Sempurna: Awas ‘Ular Kapak’ Di Laluan Hutan

03/02/2026
0

Aktiviti mendaki bukit atau merentas hutan sememangnya memberi ketenangan dan kepuasan tersendiri. Namun, di sebalik keindahan alam, terdapat risiko yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd