Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

Mata Wang Asing Lama,...

KUALA LUMPUR - Sebuah peti besi di kediaman peribadi Datuk Seri Najib Tun...

Alasan!! Fahmi Fadzil Kata...

Selepas tersebarnya satu dokumen yang dikatakan, dokumen rahsia dan sulit berkenaan "Langkah Kajang"...

Lelaki Maut Sesak Nafas...

SHAH ALAM - Seorang lelaki maut setelah tempat sembahyang di rumah teres dua...

Pengunjung Imbau Nostalgia Ampang...

KUALA LUMPUR – Suasana suram menyelubungi kompleks Ampang Park di sini apabila kalangan...

55 Orang Maut Sasar Majlis Syiah

BAGHDAD – Seramai 55 orang maut di Iraq dalam beberapa serangan semalam yang menyasarkan majlis keraian orang Syiah, pos kawalan polis dan keluarga pemimpin paramilitari Sunni yang menentang Daesh, kata sumber keselamatan dan perubatan.

Serangan berlaku dalam pada tentera Iraq bersedia melancarkan serangan menawan semula bandar kedua terbesar Iraq, Mosul, yang dikawal militan Daesh.

Kematian tertinggi dalam serangan semalam akibat letupan di majlis keraian berkenaan di Baghdad yang menyebabkan sekurang-kurangnya 41 orang maut dan 33 cedera.

Letupan berlaku di dalam khemah dipenuhi orang ramai yang mengadakan sambutan sempena Asyura, yang disambut besar-besaran oleh orang Syiah.

Daesh mengaku melakukan serangan itu dalam satu kenyataan.

Khemah itu yang didirikan di sebuah pasar di al-Shaab juga menjadi tempat penduduk tempatan mengadakan majlis memperingati seorang penduduk tempatan, kata pihak berkuasa.

Sebelum itu, dua lelaki bersenjata yang juga dipercayai anggota Daish menyerang dua lokasi di utara Baghdad.


Dalam serangan pertama, lapan polis terbunuh dan 11 lain cedera dalam serangan di pos kawalan di Mutaibija berhampiran Tikrit, manakala tiga militan dilaporkan maut.

Sementara itu, dalam kejadian kedua pula, isteri dan tiga anak Numan al-Mujamaie – pemimpin kumpulan Ishaqi – terbunuh apabila sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu rumahnya di Ishaq. Numan tiada di rumah ketika kejadian.

Penyerang terbabit melarikan diri selepas dikejar pasukan keselamatan sebelum meletupkan diri mereka tidak lama kemudian. – Reuters/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori