• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Mayat Disyaki Mangsa Bunuh Ditemui Di Bachok

oleh Ahmad Albab
31/10/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK – Empat mayat disyaki mangsa bunuh ditemui dalam semak di Kampung Tanjung Hilir, Bekelam, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail berkata empat mayat dipercayai tiga lelaki dan seorang wanita yang belum dikenal pasti indentiti itu dipercayai dibunuh di tempat lain kemudian dibawa dan dicampakkan di semak berhampiran dengan jalan kampung itu.

Keempat-empat mangsa yang dianggar berumur antara 20 dan 30-an dipercayai sekurang-kurangnya telah meninggal dunia tiga hari lepas, katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini, malam tadi.

Abdul Rahman berkata berdasar pemeriksaan awal mendapati setiap mayat yang kepalanya dibungkus dengan plastik, mempunyai kesan tikaman di dada dan perut.

“Selain tikaman di dada dan perut, ada antara mangsa yang ada kesan calar di paha dan tangan mungkin kesan berlaku pergaduhan sebelum berlaku pembunuhan,” katanya.

Selain itu, Abdul Rahman berkata salah seorang mangsa juga dipercayai mempunyai tatu di tangan kanan.

Katanya polis masih menjalankan siasatan di tempat kejadian termasuk oleh unit forensik dan pegawai perubatan dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu.

Beliau berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: kes bunuhMayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd