• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Mangsa Tragedi Bot Terbalik Di Tanjung Dawai Dikenal Pasti

oleh Ahmad Albab
30/10/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Dua pelancong tempatan yang ditemui lemas dalam tragedi bot terbalik di Tanjung Dawai dekat sini, pagi tadi telah dikenal pasti, kata Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Md Zukir Md Isa.

Beliau berkata kedua-dua mangsa dikenali sebagai Yap Wai Shiang, 19, dari Bandar Seri Damansara dan Peek Lai Yee, 34, dari Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur.

“Siasatan awal mendapati, semasa berada dalam separuh perjalanan iaitu kira-kira satu kilometer ke dataran Pantai Merdeka, kipas bot terlanggar dan terbelit pada tali sauh sebuah bot pukat tunda yang merintangi laluan.

“Sembilan mangsa berjaya diselamatkan oleh tekong bot dan bot lain yang berada berhampiran lokasi dan dibawa ke Jeti Tanjung Dawai dan Jeti Pantai Merdeka,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 10.38 pagi itu, bot yang membawa 12 penumpang serta seorang tekong dari Tanjung Dawai ke Pantai Merdeka terbalik di Kuala Sungai Merbok.

Md Zukir berkata kedua-dua mangsa yang lemas disahkan meninggal dunia selepas tiba di jeti Pantai Merdeka dan kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.

“Mayat mangsa yang maut juga dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat dan hasil siasatan juga mendapati kesemua mereka memakai jaket keselamatan semasa kejadian.

“Kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR),” katanya. – BERNAMA

Tags: bot karamMayat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Percutian Bertukar Tragedi, 15 Pelancong India Maut Bot Terbalik Di Phu Quoc

Percutian Bertukar Tragedi, 15 Pelancong India Maut Bot Terbalik Di Phu Quoc

12/07/2026
0

Oleh Mynewshub  HANOI – Seramai 15 pelancong India maut selepas sebuah bot laju yang membawa 36 individu terbalik berhampiran Pulau...

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd