Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Polis Tumpas ‘Geng Kelvin’,...

KOTA KINABALU – Polis Kota Kinabalu menumpaskan ‘Geng Kelvin’ yang aktif dalam kegiatan...

SPRM Tahan Seorang Bekas...

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas anggota Parlimen...

Aliran Trafik Sekitar Ibu...

PETALING JAYA – Aliran trafik di sekitar kawasan ibu kota mulai sesak terutamanya...

Tiga Pelajar Cedera Ditembak...

PORTLAND, Oregon – Seorang lelaki melepaskan tembakan ke arah sekumpulan pelajar di sebuah...

2 Beranak Melecur Dalam Kebakaran Di Lahad Datu

LAHAD DATU – Dua beranak melecur apabila rumah yang didiami mereka di Kampung Buang Sayang, kira-kira 14 kilometer dari sini, terbakar pagi tadi.

Dalam kejadian itu, Waasi Laali, 50, melecur di bahagian muka dan tangan manakala anak lelakinya berusia lapan bulan, Gairel Latiga, melecur di tangan.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Mohd Apandi Mahmood berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 8.53 pagi dan mengerahkan dua jentera beserta lapan anggota yang diketuainya sendiri ke lokasi.

Menurutnya pasukan bomba tiba di tempat kejadian pada pukul 9.09 pagi dan api berjaya dikawal daripada merebak ke kawasan lain pada pukul 9.22 pagi.


“Ketika kami tiba di lokasi, api sedang marak. Selain rumah, sebuah kereta turut musnah dalam kebakaran ini,” katanya.

Pihak bomba masih menyiasat punca kebakaran dan anggaran kerugian, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori