• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15 Motosikal, Kereta Terbakar Dipercayai Perbuatan Khianat

oleh AK-47
05/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 15 motosikal dan sebuah kereta terbakar di tempat letak kenderaan di Flat Hang Tuah di sini awal hari ini, dipercayai akibat perbuatan khianat.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata dalam kejadian pada pada kira-kira 3.30 pagi itu, sebahagian dinding sebuah rumah yang dijadikan stor barangan turut terbakar.

Katanya, pasukan forensik Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah menemui sebotol cecair disyaki petrol yang digunakan untuk membakar kenderaan berkenaan.

“Tiga sampel dan sebotol cecair itu diambil untuk ujian di makmal,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata tidak terdapat Kamera Litar Tertutup (CCTV) di kawasan kejadian namun, saksi serta pemilik kenderaan yang terlibat akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Zainol berkata punca kejadian masih disiasat, namun seorang saksi mendakwa ternampak dua lelaki keluar daripada sebuah kereta dan mencurahkan minyak dan membakar motosikal berkenaan.

Kes diklasifikasikan sebagai khianat dengan menggunakan api dan siasatan dijalankan di bawah seksyen 435 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: bakarkeretamotosikal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

‘Ini Kali Ke 4 Saya Disaman Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Terpaksa Kerja Lepas Balik Sekolah Cari Duit Bayar Saman’ – Pelajar Tingkatan Empat

‘Ini Kali Ke 4 Saya Disaman Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Terpaksa Kerja Lepas Balik Sekolah Cari Duit Bayar Saman’ – Pelajar Tingkatan Empat

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: "Ini kali keempat saya disaman atas kesalahan sama. Pada tahun lalu, tiga kali saya disaman kerana tiada lesen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd