• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Anggota ‘Geng Pecah Rumah Latino Dago’ Didakwa

oleh Ahmad Albab
31/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tujuh lelaki warga Columbia dan tiga lelaki warga tempatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang iaitu ‘Geng Pecah Rumah Latino Dago’, membabitkan kes pecah rumah dan samun di beberapa buah negeri.

Tujuh lelaki itu ialah Fredy Ismael Bernal Gonzalez, Jose Aimando Rocha, Martines Serano Dagoberto, Jeifry Rohas Romero, Jhon Alexander Rocha Lugo, Jorge Alexander Sabugai Pena dan Anderson Marcel Valencia Cubillos yang berusia antara 30 dan 45 tahun.

Tiga lelaki warga tempatan pula ialah ejen perhotelan Redhuan Mahiddin, 50, dan adiknya Abdul Rahman, 47, seorang penjual kereta, dan Mohd Rizal Md Sahak, 41, pengusaha kedai cuci kereta.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kesalahan mereka mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Pengakuan akan direkodkan semasa kes itu disebut di Mahkamah Tinggi. Kesalahan di bawah SOSMA dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Kesemua mereka didakwa menganggotai kumpulan itu yang menjalankan aktiviti pecah rumah dan samun berkumpulan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Kedah awal Januari tahun ini hingga 22 Sept lepas.

Redhuan dan Abdul Rahman yang diwakili peguam Mohd Yusri Mohd Yusoff manakala lapan lagi tertuduh yang tidak diwakili peguam itu didakwa mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan. Mereka berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalan tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kesemua tertuduh kerana penahanan mereka dibuat mengikut SOSMA.

Majistret Siti Radziah Kamaruddin menetapkan 27 Disember untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: mahkamahpecah rumah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd