• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waspada Terhadap Jangkitan Virus Zika Di Kelantan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELI – Jabatan Kesihatan Kelantan menasihati orang ramai di negeri ini agar memberi perhatian terhadap aspek pencegahan penularan jangkitan virus Zika.

Pengarahnya Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata ini termasuk mereka yang berkunjung ke negara jiran seperti Thailand yang dilaporkan terdapat kes berkenaan.

“Walaupun masyarakat tahu nyamuk dan gigitan nyamuk terdapat di mana-mana, jika mereka memberi perhatian terhadap aspek perlindungan diri seperti memakai baju lengan panjang, tudung dan perlindungan lain, jangkitan tersebut dapat diatasi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2016 peringkat Kelantan dan Kem ‘I Want’ peringkat daerah Jeli di Dataran Jeli di sini, pada Ahad.

Dr Ahmad Razin berkata setakat ini, pihaknya belum menerima laporan berkaitan kes Zika di negeri ini.

“Kempen dan program membersihkan tempat pembiakan nyamuk Aedes perlu diteruskan dan melibatkan seluruh masyarakat,” katanya.

Mengenai kes demam denggi di Kelantan tahun ini, Dr Ahmad Razin berkata orang ramai juga perlu memberi perhatian serius kerana sejak Januari hingga hari ini, terdapat tujuh kematian dilaporkan akibat denggi berbanding enam kematian sepanjang tahun lepas.

Jumlah kes denggi pula sehingga awal bulan ini (Sept), terdapat 3,829 kes dilaporkan di seluruh negeri ini berbanding 1,876 kes dalam tempoh sama tahun lepas, katanya. – astroawani.com

Tags: Kelantanvirus zika
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MB Hargai Kehadiran PMX Anwar Ke Kelantan, Semangat Menghormati Perkukuh Persefahaman

MB Hargai Kehadiran PMX Anwar Ke Kelantan, Semangat Menghormati Perkukuh Persefahaman

01/11/2026
0

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk...

Rohingya Berlambak Di Kelantan, Terengganu – KP J-KOM

Rohingya Berlambak Di Kelantan, Terengganu – KP J-KOM

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali mendakwa terdapat lambakan pelarian Rohingya di Kelantan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd