• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Pembangkang Ada Hubungan Rapat Pilot MH370?

oleh AK-47
07/09/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG wanita yang kini bekerja dengan sebuah parti pembangkang mendedahkan bahawa dia ada menerima mesej daripada juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Akhbar The Australian melaporkan wanita yang dikenali sebagai Fatima Pardi, 35,  menerima mesej daripada Kapten Zaharie dua hari sebelum pesawat berkenaan hilang secara misteri pada 8 Mac 2014.

Fatima bagaimanapun enggan mendedahkan subjek perbincangan menerusi aplikasi WhatsApp terakhir mereka sebelum nahas itu.

Wanita yang mempunyai tiga orang anak ini khuatir jika perbualan tersebut didedahkan akan menyebabkan salah faham kerana ia hanya perkara peribadi dan isu persendirian.

“Saya tidak mahu bercakap mengenai perbualan itu,” katanya yang menjelaskan Kapten Zaharie tidak menunjukkan sebarang tanda tertekan pada ketika itu.

Persahabatan mereka bermula selepas menghadiri mesyuarat sebagai sukarelawan politik dalam Pilihan Raya Umum pada 2013.

“Ini bukan kisah cinta, beliau adalah kawan saya. Beliau beritahu saya ada potensi dan akan membantu membina masa depan yang lebih baik untuk saya dan anak-anak.

“Sejak insiden itu, saya enggan ditemu bual kerana bimbang kenyataan disalah erti dan tidak mahu menyakiti perasaan keluarga Kapten Zaharie.

“Saya percaya beliau tidak cintakan saya tetapi beliau sayangkan anak-anak saya. Beliau akan belikan apa sahaja yang diinginkan mereka,” katanya yang dipetik dari The Australian.

Bekas guru tadika itu berkata, juruterbang berusia 53 tahun itu kerap melawat rumahnya dan sering membawa hadiah untuk anak-anaknya yang seorang daripada mereka menghidap ‘cerebral palsy’.

Sebelum ini, sebuah majalah New York yang cuba menerangkan kehilangan pesawat MH370 mendakwa maklumat bocor daripada daripada siasatan mendapati wujudnya teori bahawa juruterbang itu cuba membunuh diri.

Mereka mendakwa Kapten Zaharie membuat perancangan, walaupun tidak serupa dengan laluan MH370 yang dipercayai dibawa ke selatan Lautan Hindi pada simulator penerbangannya.

Pesawat MH370 membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada imbasan radar selepas berlepas dari Kuala Lumpur dalam penerbangan ke Beijing.

Pesawat Boeing 777-200ER itu belum ditemui walaupun operasi pencarian besar-besaran dijalankan di selatan Lautan Hindi yang dipercayai tempat bersemadinya pesawat itu selepas melencong dari laluan asalnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: MH370pembangkangWanitawhatsapp
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gambar Jentera Wanita BN-PN Berjalan Seiring Raih Sokongan Netizen

Gambar Jentera Wanita BN-PN Berjalan Seiring Raih Sokongan Netizen

27/07/2026
0

SEREMBAN – Gambar memaparkan jentera Wanita Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berganding bahu dalam kempen Pilihan Raya Negeri...

Tular Tangkap Layar PMX AI Menjawab “Tidak” Apabila Ditanya Sama Ada Anwar Patut Diundi Lagi

Tular Tangkap Layar PMX AI Menjawab “Tidak” Apabila Ditanya Sama Ada Anwar Patut Diundi Lagi

25/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Tangkap layar memaparkan avatar PMX AI didakwa menjawab "Tidak" apabila ditanya pengguna sama ada perlu mengundi Anwar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd