• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita 34 Tahun Mangsa Denggi Ke-15 Di Terengganu

oleh
03/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seorang wanita berusia 34 tahun dari Kampung Seberang Kastam, Besut, maut akibat denggi semalam, menjadikan jumlah 15 kematian dilaporkan di Terengganu, sejak Januari lepas.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr. Mohammad Omar berkata mangsa terbaru itu meninggal dunia pada pukul 4 pagi semalam di Hospital Sultanah Nor Zahirah di sini selepas dirujuk dari Hospital Besut pada 30 Ogos lepas.

“Mangsa dilaporkan deman selama empat hari di rumahnya dan apabila keadaan semakin teruk, mangsa dihantar ke Hospital Besut dan meninggal dunia akibat kegagalan fungsi organ,” katanya kepada pemberita selepas perasmian program gegar 10,000 langkah merdeka peringkat negeri Terengganu di sini hari ini.

Setakat ini, katanya terdapat enam lokaliti wabak di Terengganu iaitu lima di Kuala Terengganu dan satu di Marang.

Dari jumlah itu, Kampung Tok Kaya mencatat kes tertinggi iaitu 15 kes diikuti Taman Teratai (10), Padang Negara (enam), Kampung Nibong Bukit Besar (lima) dan Kampung Banggol Peradong (dua) manakala lokaliti wabak di Marang iaitu Kampung Durian Pahit mencatat empat kes.

“Kedudukan rumah kampung ini kebiasaannya terlalu rapat dan menimbulkan kesukaran untuk lori memungut sampah memasuki kawasan kampung ini untuk memungut sampah.

“Sebab itu saya cadangkan kepada Jawatan Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Pejabat Daerah untuk menyediakan motosikal beroda tiga untuk memungut sampah di kawasan kampung ini kerana cara ini terbukti berjaya membasmi wabak denggi di Kampung Panji Alam tidak lama dulu,” katanya.

Setakat ini, jabatan telah mengadakan pemeriksaan di 166,290 premis di seluruh Terengganu dan dari jumlah itu, sebanyak 2,180 premis didapati positif tempat pembiakan Aedes.

Beliau berkata pihaknya telah mengeluarkan 912 kompaun di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000).

“Jabatan juga telah mengeluarkan sebanyak 11,760 notis atau amaran pembersihan terhadap premis yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes berdasarkan yang ditemui pegawai jabatan dalam operasi pemeriksaan tersebut,” katanya. – BERNAMA

Tags: Aedesdenggimaut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan satu insiden berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO)...

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd