• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wajah Mirip Isteri, Pelancong China Bunuh Wanita Korea

oleh AK-47
21/09/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KISAH pelancong dari China membuat onar di negara yang dilawati bukan sesuatu yang baharu. Namun, kali ini sudah berada pada tahap yang membimbangkan.

Terbaharu, seorang wanita warga emas di Pulau Jeju, Korea dibunuh dengan kejam selepas ditikam bertubi-tubi oleh seorang pelancong dari China.

Dalam kejadian Sabtu lalu, mangsa yang dikenali sebagai Kim, ditikam sebanyak empat kali ketika sedang berdoa di sebuah gereja kira-kira pukul 8.45 pagi waktu tempatan.

Suspek, Chen, yang berusia 50-an itu kemudian bertindak melarikan diri.

Setelah ditikam, Kim bagaimanapun sempat menelefon nombor kecemasan untuk meminta tolong.

Pasukan penyelamat segera datang membawa Kim ke hospital. Bagaimanapun, Kim meninggal dunia sehari selepas dirawat.

Sementara itu, Chen yang melarikan diri berjaya ditangkap ditangkap pihak polis pada hari yang sama.

Berdasarkan soal siasat polis, Chen mengaku membunuh Kim kerana wajahnya mirip dengan bekas isterinya.

“Saat saya lihat perempuan itu berdoa, ingatan saya terhadap bekas isteri kedua saya tiba-tiba datang dan saya langsung menyerangnya dengan penuh amarah,” kata Chen kepada pihak polis seperti yang dipetik dari laman The Korean Herald.

Difahamkan, bekas isteri pertama dan kedua suspek itu berlaku curang dengannya sebelum lari mengikut lelaki lain.

Pun begitu, polis percaya pembunuhan itu sudah dirancang kerana Chen membeli pisau sebelum tiba ke pulau berkenaan dan sudah melawat gereja itu dua kali sebelum melakukan jenayah tersebut.

Chen yang tiba di Pulau Jeju pada 13 September lalu dijadualkan meninggalkan tempat itu pada 22 September.

Gara-gara insiden ini, masyarakat setempat meluahkan kegusaran dan menyeru kemudahan memasuki Jeju tanpa visa selama 30 hari kepada pelancong China dihentikan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bunuhChinaKorea
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd