• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Kelantan Beri Penerangan Isu Semasa

oleh Ahmad Albab
13/09/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANAH MERAH – Badan Perhubungan UMNO Kelantan akan memberikan penerangan kepada anggota akar umbinya berhubung isu semasa parti dan negara, kata pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata penerangan sedemikian boleh membantu mereka daripada terus salah faham terhadap isu-isu yang berbangkit.

“Kami perlu meningkatkan penerangan dan penjelasan berkaitan isu dibangkitkan sesetengah pihak agar anggota UMNO memahami keadaan sebenar dan tidak mendengar fakta yang diselewengkan,” katanya kepada pemberita pada Rumah Terbuka Aidiladha Parlimen Jeli di kediamannya di sini, hari ini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata sekiranya isu itu tidak selesai, selagi itulah ia dibangkitkan bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO.

Beliau berkata UMNO Kelantan juga tidak mengambil mudah perkembangan politik semasa terutamanya selepas penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diterajui bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. – BERNAMA

Tags: Mustapa MohamedUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd