• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tragedi Go-Kart: Polis Selesai Ambil Keterangan Penganjur

oleh Ahmad Albab
27/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis Pahang telah mengambil keterangan wakil Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selaku penganjur Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) 2016 berhubung tragedi yang meragut nyawa dua beranak di Jalan Sukpa, Indera Mahkota di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata pihaknya juga akan mengambil keterangan Siti Suhaiza Seman, 38, iaitu isteri dan ibu kepada mangsa rempuhan kenderaan jenis go-kart itu.

“Kita akan mengambil keterangan beliau tetapi kita masih memberikan sedikit masa untuk beliau tenang dan stabil,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Go-kart

Bagaimanapun, Abdul Aziz tidak mendedahkan nama wakil UTM dan juga bilangan individu yang telah dipanggil untuk membantu siasatan.

Pada pukul 11.30 pagi Ahad, penyelia kilang Izwan Isa, 39, dan anaknya Nur Zulaikha, lima, meninggal dunia akibat dirempuh sebuah go-kart semasa menonton perlumbaan itu.

Kemalangan yang dipercayai berpunca apabila tiga buah go-kart bergesel sesama sendiri turut menyebabkan Siti Suhaiza dan anak sulungnya Muhammad Izz Daniel, tujuh, cedera, namun keadaan mereka kini stabil. – BERNAMA

Tags: Go-Kartpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd