• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tragedi Go-Kart: Polis Nafi Dakwaan Pemandu Ditahan

oleh Ahmad Albab
28/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis Pahang menafikan dakwaan tersebar di di laman sosial bahawa pemandu go-kart yang terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan kematian dua penonton pada Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan 2016 (EIMARace 2016) ditahan reman.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata semua pemandu berkenaan sudah dibenarkan pulang selepas percakapan mereka dirakamkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini, pada Ahad.

“Proses mengambil rakaman percakapan berlangsung selama kira-kira sejam dan mereka dibenarkan pulang. Tidak benar mereka direman,” katanya semasa dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Abdul Aziz mengulas dakwaan yang tersebar di laman sosial berhubung penahanan pemandu go-kart itu, dan menasihatkan orang ramai untuk tidak mudah mempercayai maklumat tidak benar.

Katanya pihak polis masih menunggu laporan analisis terhadap sampel darah dan air kencing pemandu berkenaan, yang telah dihantar kepada Jabatan Kimia.

Pada perlumbaan EIMARace 2016 di Jalan Sukpa, Indera Mahkota di sini pada Ahad, seorang penyelia kilang Izwan Isa, 39, dan anaknya Nur Zulaikha, lima, maut selepas dirempuh oleh sebuah go-kart yang terbabas semasa sedang menonton perlumbaan itu.

Kemalangan pada pukul 11.30 pagi itu yang didakwa berpunca apabila tiga go-kart bergesel sesama sendiri turut menyebabkan isteri mangsa Siti Suhaiza Seman, 38, dan anak sulungnya Muhammad Izz Daniel, 7, cedera. – BERNAMA

Tags: Go-Kartpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd