Thursday, December 7, 2023

Creating liberating content

Segera Bersih, Dalamkan Sungai...

KUANTAN: Pemangku Raja Pahang menitahkan kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Alam Sekitar dan...

Bomoh Ditahan Buat 700...

SEORANG bomoh dari Guinea, sebuah negara di Afrika Barat, N'na Fanta Camara akhirnya...

Dewan Makan Rejimen 516...

TAWAU - Dewan makan Rejimen 516 Askar Wataniah di Kem Kukusan, di sini,...

Nik Abduh Saran Kerajaan...

KUALA LUMPUR - "Jumlah kenderaan di atas jalan raya ini perlu dikurangkan memandangkan...

Tipu Diragut: Ryan Lochte Digantung 10 Bulan

JAGUH renang Amerika Syarikat, Ryan Lochte digantung 10 bulan berikutan skandal penipuan yang mendakwa dirinya dirompak ketika berada di perkampungan Olimpik di Rio de Janeiro, bulan lalu.

Penggantungan itu dilakukan oleh Persatuan Olimpik Amerika Syarikat (AS) dan Persatuan Renang AS.

Akibat skandal penipuan itu, Lochte telah kehilangan empat penaja utamanya selepas dia didapati bersalah menipu mendakwa dia dan rakan atlet yang lain dirompak penjahat bersenjata ketika keluar bersiar-siar di sana.

Menurut hasil siasatan polis Brazil, Lochte dan rakannya dipercayai telah merosakkan sebuah bilik air di stesen minyak dan membuang air kecil di tempat awam pada malam dia dilaporkan dirompak.

Lochte bakal dikenakan tindakan kerana melakukan jenayah pemalsuan maklumat selepas mengada-adakan cerita dia dirompak.


Terdahulu: Ryan Lochte Diserang Perompak Bersenjata Di Rio

Selain Lochte, tiga rakannya yang lain, Jack Conger, Gunnar Bentz dan Jimmy Feigen turut digantung penglibatan dalam sukan renang, namun tempoh masa hukuman mereka adalah lebih pendek daripada Lochte. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori