Saturday, February 24, 2024

Creating liberating content

Apabila PokéStop Dan Gym...

ANTARA PokéStop dan Gym Pokémon di Malaysia diletakkan di lokasi keagamaan seperti surau,...

Kerana Bertudung, Tawaran Ardell...

SEMAKIN hari, semakin ramai selebriti wanita beragama Islam yang sudah berhijrah ke arah...

Jemaah Hilang, Panggilan Dijawab...

KUALA LUMPUR - Usaha seorang anak menghubungi telefon bimbit ibunya, seorang daripada jemaah...

30 Filem Tempatan Akan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 30 buah filem tempatan dihantar untuk menyertai 17 festival...

Tiada ‘Tebang & Bakar’ Dalam Industri Sawit Malaysia

BERLIN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan kepada penggubal undang-undang Jerman bahawa kaedah ‘tebang dan bakar’ tidak diamalkan dalam industri minyak sawit Malaysia.

Malaysia, katanya, mengguna pakai pembangunan lestari dan mereka boleh datang dan melihat sendiri perkara itu.

“Kami komited kepada pembangunan lestari dan tidak ada amalan ‘tebang dan bakar’,” kata Najib pada sidang media bersama selepas mesyuarat dua hala dengan Canselor Jerman Angela Merkel, di sini, hari ini.

“Keadaan sebenar hanya boleh dinilai apabila anda melihat sendiri dan saya mempelawa kumpulan Anggota Parlimen untuk melawat Malaysia dan melihat bagaimana kami menguruskan industri perladangan,” katanya.

Beliau berkata pembangunan lestari penting bagi Malaysia kerana kira-kira 500 ribu pekebun kecil bergantung kepada industri minyak sawit dan berjuta-juta rakyat Malaysia keluar daripada kemiskinan hasil daripada industri itu.

Malaysia, yang merupakan pengeluar kedua terbesar minyak sawit di dunia, komited untuk mengurangkan tahap pelepasan karbon dioksidanya sebanyak 40 peratus menjelang 2020, katanya.


Merkel mengesahkan bahawa Perdana Menteri ada mempelawa Anggota Parlimen Jerman.

“Malaysia memberi jaminan kepada kami yang dasar-dasar ini (tebang dan bakar) adalah perkara lampau dan tidak lagi berlaku dan ia mempelawa Anggota Parlimen melawat Malaysia dan melihat sendiri kemajuan yang telah dicapai,” katanya.

Semasa sidang media itu, Najib turut mempelawa Merkel melawat Malaysia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori