• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Curi 14 Tandan Kelapa Sawit, Sumbat Dalam Kancil

oleh Mohd Arshad
31/01/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Akauntan Antara 6 Wanita Dikait Dengan ‘Hot Daddy’ Didakwa Miliki Video Lucah
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU – Tindakan seorang remaja lelaki mencuri buah kelapa sawit menggunakan kereta jenis Perodua Kancil tidak kesampaian apabila ditahan orang awam di Felcra Banggol Kampung Kuala Pueh, dekat sini pada Selasa.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, susulan itu pihaknya telah membuat tangkapan terhadap lelaki berusia 19 tahun itu kira-kira jam 8 pagi pada hari yang sama di lokasi terbabit.

“Kita telah membuat tangkapan terhadap seorang lelaki tempatan yang ditahan oleh orang awam kerana disyaki mencuri buah kelapa sawit.

“Polis turut merampas 14 tandan buah kelapa sawit serta sebuah kenderaan yang digunakan dalam kejadian tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, Zainul Mujahidin berkata, hasil semakan juga mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

Beliau berkata, suspek ditahan reman selama empat hari bermula Selasa.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang mana boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” jelasnya.

SinarHarian-

Tags: kancilkelapa sawitremaja
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd