• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teknologi Bantu Atasi Kebergantungan Pekerja Asing

oleh Ahmad Albab
26/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – Pemain industri dalam sektor pembinaan dan pertukangan disaran mengoptimumkan penggunaan teknologi dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Presiden Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM), Foo Chek Lee berkata langkah itu dilihat berupaya membantu pihak kontraktor menyiapkan projek dalam tempoh lebih singkat dengan kos minimum.

Beliau berkata penggunaan teknologi terkini dalam proses pembinaan juga dapat meningkatkan kualiti kerja akhir yang dihasilkan pemaju selain mengurangkan risiko berlaku kemalangan di tapak projek.

“Antara teknologi boleh diaplikasikan kontraktor ialah seperti IBS (Sistem Binaan Berindustri) di mana ia berkonsepkan pasang siap dengan komponen-komponen binaan dihasilkan di kilang dalam persekitaran terkawal dan pemantauan kualiti kerja yang ketat.

“Komponen yang telah siap dihasilkan itu hanya perlu dihantar ke tapak pembinaan untuk dipasang menjadi struktur dengan menggunakan tenaga kerja minimum,” katanya kepada Bernama.

Beliau ditemui selepas aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) MBAM di Taman Alam Kuala Selangor, di sini, semalam.

MBAM ditubuhkan pada 1954 bertujuan menjadi penaung kepada pemain industri pembinaan dan sektor berkaitan, kini mempunyai kira-kira 12,000 anggota daripada lebih 900 syarikat kontraktor, pembekal barangan pembinaan dan pemborong dari seluruh negara.

Foo berkata persatuan itu kini giat mengadakan kursus kepada anggotanya berkaitan aspek pengurusan keselamatan di tempat kerja serta pengendalian perniagaan yang lebih baik.

“Ia merupakan antara perkara yang sering kita tekankan kepada majikan kerana persekitaran pekerjaan dalam bidang ini sentiasa berisiko tinggi selain memberi pemahaman terhadap industri dengan lebih mendalam bagi membantu mereka menghadapi saingan dan ketidaktentuan harga barangan binaan di pasaran,” katanya.

Mengulas mengenai aktiviti CSR itu, Foo berkata ia merupakan sebahagian acara tahunan persatuan dalam merapatkan ukhuwah anggotanya dan pada masa sama memupuk semangat cintakan alam sekitar.

Katanya, sebanyak 350 anak pokok bakau tajaan syarikat pembinaan Ikhmas Jaya Sdn Bhd dan beberapa pemain industri lain ditanam di sekitar kawasan Taman Alam Kuala Selangor oleh 150 anggota MBAM yang menyertai program terbabit. – BERNAMA

Tags: kontraktorpekerja asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Aktivis dakwah, Firdaus Wong Wai Hung mengemukakan beberapa persoalan kritikal berhubung penganjuran acara Rain Rave 2026 yang...

Kontraktor Rugi RM108,000 Terpedaya Tawaran Tender Projek Tak Wujud

Kontraktor Rugi RM108,000 Terpedaya Tawaran Tender Projek Tak Wujud

17/02/2026
0

BESUT: Seorang kontraktor rugi RM107,995 terpedaya dengan tawaran tender projek tidak wujud. Lelaki berusia 47 tahun itu membuat laporan polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd