• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Supremacy’ Tidak Baik Untuk Bola Sepak Negara

oleh AK-47
28/09/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jurang prestasi yang semakin melebar dalam kalangan pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia tidak sihat untuk bola sepak negara pada jangka masa panjang.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, jurang itu semakin meluas disebabkan kuasa wang yang menyaksikan banyak pasukan terpaksa berdepan relegasi akibat kehilangan pemain.

“Terdapat tiga kelompok. Pertama zon juara, Johor Darul Ta’zim (JDT), Felda, Kedah. Kedua zon pencabar The Red Warrior (TRW), Selangor, T-Team dan ketiga zon penyingkiran Sarawak, PDRM, Penang dan Terengganu.

“Sekali lagi kita bakal menyaksikan pasukan pernah juara terpaksa berdepan relegasi akibat kehilangan pemain kepada kuasa wang pasca kejuaraan. Negeri Sembilan, ATM, Terenggan dan Pahang berdepan masalah ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Annuar berkata, situasi itu berlaku kerana Liga Malaysia tidak mempunyai peraturan yang kemas dalam mengawal persaingan kewangan yang adil, undang-undang perpindahan, penetapan siling gaji dan lain-lain yang diamalkan dikebanyakan liga lain.

Jelas beliau, situasi itu  baik bagi segelintir kecil pasukan tetapi buruk bagi kebanyakan pasukan yang lain kerana ia mampu merosakan Liga Malaysia pada jangka masa panjang.

Katanya, ‘supremacy’ boleh menjadikan sesebuah pasukan dalam liga lebih kuat dari pasukan Kebangsaan lebih-lebih lagi jika pemain liga di beri pilihan untuk tidak berkhidmat kepada negara.

“Semua ini menarik untuk dikaji. Yang penting ialah liga tempatan menyumbang kepada daya kompetitif, bukan ‘supremacy’ serta menyumbang kepada kemajuan pasukan negara dan bukan hanya kelab.

“Peraturan yang sewajarnya sangat diperlukan dalam bola sepak Malaysia,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bola sepakTan Sri Annuar Musa.
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UEC Diterima Madani Masuk IPTA? Jika Benar Hebatlah DAP – Annuar

UEC Diterima Madani Masuk IPTA? Jika Benar Hebatlah DAP – Annuar

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa secara sinis memuji kehebatan DAP dalam kerajaan. Ia...

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd