• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Lulus RM3 Juta Perkuat Benteng Pesisir Pantai

oleh Ahmad Albab
21/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Kerajaan negeri Selangor meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi menambah baik benteng dan ban di persisir pantainya bagi menangani fenomena air pasang besar.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pihaknya telah mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri untuk memperbaiki benteng dan ban yang pecah atau bocor secepat mungkin kerana fenomena yang sama dijangka bakal berulang.

“Berdasarkan maklumat yang saya terima daripada Lembaga Urus Air Selangor, fenomena ini dijangka berulang pada pertengahan bulan hadapan, November dan Disember. Keutamaan akan diberi kepada ban serta benteng yang berhampiran kawasan kampung yang mudah banjir seperti di sini,” katanya kepada pemberita.

Beliau melawat mangsa banjir di Dewan Orang Ramai Kampung Tok Muda, Kapar.

Setakat pukul 9 pagi tadi, seramai 221 mangsa ditempatkan di tiga pusat pemindahan di sekitar negeri ini yang penduduk Kampung Tok Muda merupakan yang paling ramai terjejas iaitu seramai 152 orang daripada 34 keluarga.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar sebelum ini dilapor telah meminta kerjasama daripada kerajaan negeri Selangor bagi mengatasi masalah banjir yang berpunca daripada fenomena air pasang besar.

Menurut Noh, ia termasuk menambah baik ban dan benteng di pesisir pantai berikutan fenomena kali ini yang menyebabkan beberapa kawasan di lima daerah di Selangor dinaiki air. – BERNAMA

Tags: Azmin Ali
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Individu Dalam Video Kemasukan PATI Di Tawau Dikenal Pasti

Next Post

‘Meja Basikal’ Tingkat Prestasi, Tumpuan Pelajar

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

Next Post

'Meja Basikal' Tingkat Prestasi, Tumpuan Pelajar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd