• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Individu Dalam Video Kemasukan PATI Di Tawau Dikenal Pasti

oleh Ahmad Albab
21/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Pihak polis telah mengenal pasti beberapa individu termasuk anggota penguat kuasa dalam paparan video mengenai kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia ke Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata pihaknya telah mengenal pasti watak dan individu anggota polis dalam paparan itu yang menjadi viral sejak Ahad lalu.

“Namun siasatan lanjut masih dijalankan dan tindakan akan diambil selepas hasil siasatan didapati,” katanya kepada pemberita.

Video selama 11 minit itu adalah hasil rakaman media asing untuk menunjukkan betapa mudah PATI Indonesia memasuki Tawau.

Fadil bagaimana pun meragui kesahihan paparan video itu.

“Ini kerana kita tidak ada pos CIQ (di Sungai Nyamuk (Indonesia) dan Sungai Melayu (Malaysia). Perairan kita yang dilalui di sini adalah domestik.

“Kita juga ada penduduk Malaysia yang tinggal di Wallace Bay dan Bergosong (Sebatik) yang berulang-alik setiap hari ke Tawau,” katanya.

Beliau juga berkata semua kawasan pantai di Tawau yang jaraknya hampir 100 kilometer dari Indonesia merupakan laluan alternatif kepada laluan haram.

Beliau menambah Majlis Perbandaran Tawau akan menutup kawasan pendaratan penduduk Sebatik di Batu-Batu yang dilapor akan dilakukan selepas terminal feri di Dermaga dibuka bulan depan. – BERNAMA

Tags: Pati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd