• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sedia Rumah Generasi Baharu Felda Keutamaan Kerajaan

oleh Ahmad Albab
23/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN – Usaha menyediakan perumahan yang selesa kepada generasi baharu Felda terus menjadi keutamaan kerajaan dalam memenuhi keperluan golongan itu untuk memiliki rumah sendiri, kata Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Beliau berkata Felda setakat ini telah mengeluarkan hampir RM500 juta bagi fasa pertama projek perumahan untuk generasi baharu Felda.

“Ia membabitkan pembinaan 8,470 unit rumah berharga RM90,000 seunit di 38 rancangan Felda sementara menunggu kelulusan pinjaman bank.

“Ada sedikit masalah berkaitan pinjaman daripada pihak bank yang pada awalnya telah bersetuju untuk meluluskan pinjaman penuh pembinaan, namun kemudian ia telah dikurangkan menyebabkan projek pembinaan 8,470 unit rumah ini agak kelewatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada perasmian sambutan Hari Peneroka Felda 2016 peringkat kebangsaan di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka dekat sini, hari ini yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.

Bagaimanapun, katanya masalah itu dijangka dapat diatasi selewat-lewatnya awal bulan depan dengan 2,400 unit rumah dijangka dapat disiapkan dan diserahkan kepada pemilik manakala bakinya akan siap sama ada awal Mac atau April tahun hadapan.

Sementara itu, Mohd Isa berkata fasa kedua projek bagi membina rumah berharga RM70,000 seunit pula dijangka dilaksanakan pada penghujung tahun ini.

“Kita telah melantik pemaju dengan kewangan yang cukup untuk membina rumah bagi fasa kedua ini… untuk tanah tidak bermasalah kita boleh buat 2,700 (unit rumah) dan ini kita akan lakukan pada hujung tahun ini, manakala tanah lain kita akan selesaikan sebelum pertengahan tahun hadapan,” katanya.

Mohd Isa berkata selain itu Felda juga memberi perhatian kepada langkah membantu generasi baharu Felda yang menghadapi masalah untuk memiliki rumah sendiri kerana tidak mempunyai penyata gaji.

Katanya pihak Felda sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan dan beberapa bank dalam usaha mencari pendekatan terbaik untuk membantu generasi baharu yang ada pendapatan tetapi tiada penyata gaji bagi membolehkan mereka memiliki rumah sendiri.

Sementara itu, Adnan berkata kerajaan negeri akan membantu mempercepatkan kelulusan tanah di negeri ini berkaitan projek perumahan generasi kedua Felda, sebagai sokongan kepada Felda.

Beliau berkata sokongan kepada Felda penting kerana masyarakat peneroka merupakan penyokong kuat kerajaan, sekali gus merupakan golongan yang menjamin kesinambungan bangsa dan agama di negara ini.

“Saya merayu jika ada yang tidak berpuas hati… bersabar, tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Tolong yakin kepada Felda. Pertahankan apa yang ada dan jangan terjadi banyak hal yang boleh memusnahkan kita,” katanya.

Adnan menambah Felda juga mengambil berat kebajikan peneroka termasuk memberi bantuan sebanyak RM1,500 sebulan kepada peserta tanaman semula, yang tidak dilakukan kerajaan negara lain, bagi menjamin mereka mempunyai pendapatan.

“Felda juga beruntung kerana sentiasa mendapat perhatian khusus daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga merupakan anak kepada pengasas Felda, Tun Abdul Razak Hussein,” katanya. – BERNAMA

Tags: FeldaIsa Samad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Persekutuan Putuskan Tan Sri Isa Samad Dipenjara Enam Tahun

Mahkamah Persekutuan Putuskan Tan Sri Isa Samad Dipenjara Enam Tahun

10/02/2026
0

PUTRAJAYA – Bekas Menteri dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad, 76, akan menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan...

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

14/07/2024
1

SERDANG : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan RM100 juta kepada FELDA untuk menampung kos pengoperasian ladang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd