• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Tak Sertai PPBM, Setia Bersama UMNO – Ahmad Said

oleh Ahmad Albab
10/09/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said hari ini menyatakan kesetiaannya untuk terus bersama UMNO dan tidak menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Ahmad, 59, yang menyertai UMNO sejak berusia 18 tahun berkata, setakat ini beliau mahu terus berkhidmat untuk UMNO tetapi tidak pasti sampai bila mampu bertahan dan berharap tiada pihak terus mempertikai serta mencabar kesetiaannya kepada parti.

“Tun Mahathir Mohamad, telah menghantar orang untuk berjumpa dengan saya dan mengajak masuk PPBM. Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menawarkan kepada saya untuk menjadi Ahli Mesyuarat Tertinggi PPBM.

“Setakat ini, saya nak tengok dulu. Saya tak jawab lagi… tetapi tidak tahulah sampai bila, kalau desakan bertalu-talu saya takut saya tidak dapat bertahan,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kemaman, di sini.

Ahmad, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, berkata selain PPBM, beliau pernah ditawarkan menganggotai parti PAS, PKR dan PAN, namun menolak kerana tidak mahu mengkhianati UMNO.

Kata Ahmad, beliau tekad untuk terus kekal bersama-sama UMNO bagi melihat perubahan yang bakal dilakukan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kemelut politik di Terengganu.

“Saya telah dimaklumkan bahawa Najib telah memanggil beberapa orang ADUN untuk mendengar sendiri apa masalah yang membelenggu negeri ini.

“Najib janji untuk mengadakan perubahan. Saya masih lagi ahli UMNO… saya tidak berdendam cuma jangan kejutkan ‘harimau’ yang sedang tidur,” katanya yang turut mengingatkan perwakilan supaya tidak memandang rendah kepada kemunculan parti baharu.

Sementara itu, Ahmad meminta supaya siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca apabila 686 daripada 973 perwakilan UMNO bahagian itu tidak menghadiri persidangan perwakilan berkenaan.

Kemaman menjadi satu-satunya bahagian di Terengganu yang persidangan perwakilannya dirasmikan sendiri ketua bahagian dan Ahmad berkata walaupun menghadapi kekangan dari pelbagai sudut, beliau tetap berharap perwakilan akan terus memberi sokongan kepadanya serta parti. – BERNAMA

Tags: Ahmad SaidUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd