Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Tafsiran Akta Hasutan Perlu...

KOTA KINABALU - Tafsiran kepada Akta Hasutan 1948 perlu dikaji dan diperhaluskan lagi...

Kabinet Bincang Cadangan Ambil...

PUTRAJAYA - Kabinet hari ini membincangkan cadangan pengambilalihan konsesi lebuh raya kendalian PLUS...

Siti Noor Radiah Sumbang...

INCHEON - Atlet olahraga negara, Siti Noor Radiah Ismail menghadiahkan pingat emas pertama...

Difitnah… Najib Saman Harakah...

SRI AMAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau mempunyai hak...

‘Sama Macam Di Hatyai’

 

TUMPAT - Penduduk negeri ini boleh menikmati suasana seperti berada di pasar terapung Klong Hae, Hatyai, Thailand, apabila pasar terapung pertama di negara ini kini boleh didapati di Kampung Pulau Suri di sini.

Menampilkan sedikit kelainan daripada pasar terapung Klong Hae, di sini, peniaga menjual makanan daripada bot kepada pembeli yang berada di atas darat.

Pengarah Pemasaran dan Komunikasi SuriMasSeroja, Tengku Rizuan Tengku Zainal Abidin berkata, cadangan serta idea itu timbul selepas mendapati negeri itu kekurangan destinasi pelancongan yang menarik.

Katanya, dengan sokongan daripada Tourism Malaysia negeri, pihaknya berjaya memperkenalkan Kelantan Floating Market yang pertama di Malaysia.

“Kita lihat situasi dan kehidupan di sini masih lagi mengamalkan gaya hidup dan makanan Kelantan asli dan jarang didapati di daratan. Jadi bermula dari situ, kita mengambil inisiatif memperkenalkan keaslian makanan penduduk di sini kepada orang luar.

“Untuk permulaan ini, Kelantan Floating Market hanya mempunyai 10 peniaga yang menjual makanan eksotik rakyat negeri ini seperti kerabu nipah, kuih tradisional, nasi berlauk, kerang-kerangan seperti lokan dan etak salai.

“Kita turut menyediakan demonstrasi mewarna batik, membuat kuih kapit, menjahit atap nipah, kraftangan dan beruk memetik kelapa,” katanya selepas meninjau kemeriahan Kelantan Floating Market di sini, semalam.


Hadir sama, Tengku Laksamana Kelantan Datuk Tengku Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Pengarah Tourism Malaysia negeri Hafiz Hazin.

Tengku Rizuan berkata, pasar terapung ini akan dibuka setiap Sabtu bermula jam 10 pagi hingga 12.30 tengah hari dan bilangan peniaga akan bertambah dari semasa ke semasa.

“Pasar ini masih lagi baru, kita juga menerima permintaan daripada peniaga untuk turut serta berniaga di pasar terapung terbabit, jadi sedikit masa lagi, dengan pertambahan beberapa peniaga lagi, kita akan usahakan untuk mengadakan pasar terapung ini setiap hari.

“Bayaran yang dikenakan untuk ke pasar terapung itu juga murah iaitu RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak,” katanya.

Sementara itu, Hafiz berkata, Tourism Malaysia negeri memberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya kepada pihak SuriMasSeroja dalam mengadakan pasar terapung terbabit.

“Usaha yang dilakukan agensi pelancongan itu dalam menarik pelancong datang ke negeri ini amat menarik dan kita berharap bilangan pelancong datang ke negeri akan bertambah,” katanya. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori