Saturday, June 15, 2024

Creating liberating content

Pilihan Raya Kecil DUN...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini membatalkan pilihan raya kecil (PRK)...

Malaysia Akan Teruskan Usaha...

BANGKOK - Malaysia akan mengekalkan peranannya sebagai pemimpin dalam memastikan Komuniti ASEAN yang...

Hindarilah Rasuah Dan Perpecahan...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia perlu menghindarkan amalan rasuah dan perpecahan perpaduan yang...

Orang Asli Diugut: Menteri...

KUALA LUMPUR - Pelik, tidak munasabah dan bagai ada yang tidak kena.Begitu reaksi...

Kerana Silap Pilot, Pesawat Saudi ‘Tersadai’ Di Manila

MANILA – Sebuah pesawat Saudia Airlines yang dilaporkan telah dirampas di Lapangan Terbang Manila selepas butang penggera amaran rampasan pesawat dibunyikan sebenarnya berpunca daripada kesilapan juruterbang, kata pihak berkuasa, di sini.

Juruterbang kapal terbang tersebut telah memakumkan kepada pengawal trafik udara bahawa pesawat itu sedang berada ‘dalam ancaman’ namun menurut pihak berkuasa, tiada isu keselamatan yang serius berlaku.

Kapal terbang itu membawa kira-kira 300 orang penumpang yang terdiri daripada jemaah haji.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi akaun Twitter rasmi syarikat penerbangan itu, Saudia menyifatkan insiden tersebut sebagai ‘amaran rampasan palsu’.

Penguatkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Manila berkata penyiasatan sedang dilakukan awal tengah hari tadi selepas pesawat itu tersilap mengirimkan panggilan kecemasan.


Penerbangan SV872 dari Jeddah itu hanya 20 batu daripada landasan pendaratan semasa ancaman tersebut dilaporkan, dengan para pengawal menghantar pesawat Boeing 777 itu untuk mendarat ke kawasan terpencil di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino.

Insiden tersebut berlaku semasa jutaan umat Islam dalam perjalanan pulang ke tanah air masing-masing usai menunaikan ibadah Haji di Makkah dan Madinah. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori