• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rapid KL Sedia Bas Pengantara Sempena Grand Prix Formula 1

oleh Ahmad Albab
27/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rapid KL akan menyediakan bas pengantara ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mulai Jumaat ini sehingga Ahad malam sempena Grand Prix Formula 1 Petronas Malaysia.

Ketua Pegawai Operasinya Mohd Azam Omar dalam kenyataan hari ini berkata perkhidmatan bas pengantara itu akan mula beroperasi pada pukul 8 pagi dari KL Sentral dan Menara Berkembar Petronas (KLCC) serta terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

“Perkhidmatan bas dari SIC untuk ke KL Sentral dan KLCC serta KLIA2 bermula dari pukul 4 petang sehingga 7.30 malam pada Jumaat dan Sabtu.

“Bagi Ahad pula, ia dilanjutkan sehingga 10.30 malam bagi memastikan peminat dapat menonton konsert penyanyi antarabangsa Usher yang berlangsung selepas perlumbaan itu,” katanya.

Tiket bas berharga RM20 untuk perjalanan sehala atau RM35 bagi perjalanan pergi balik dari KLCC dan KL Sentral manakala RM12 dari KLIA2.

Rapid KL juga menyediakan perkhidmatan ulang-alik percuma di sekitar litar untuk memudahkan orang ramai bergerak ke tempat duduk, katanya. – BERNAMA

Tags: Formula 1Rapid KL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Stesen 3 Laluan Rapid KL Ditutup Sementara Atas Faktor Keselamatan Petang Ini

Stesen 3 Laluan Rapid KL Ditutup Sementara Atas Faktor Keselamatan Petang Ini

26/10/2025
0

Kuala Lumpur: Beberapa stesen Rapid KL ditutup sementara hari ini antara jam 4 hingga 6 petang atas faktor keselamatan sempena...

Enam Kanak-kanak Disengat Ubur-ubur Di Perairan Kelantan

Verstappen Laung Amaran Awal

03/03/2024
0

JUARA dunia tiga kali, Max Verstappen memulakan kempen mempertahankan kejuaraan dengan sempurna apabila pelumba Red Bull itu mengetuai penamat satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd