• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Punca Loji Semenyih Tercemar Diketahui Seminggu

oleh AK-47
29/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Punca pencemaran air yang mengakibatkan penutupan loji rawatan air Semenyih dan gangguan air di Selangor diketahui dalam tempoh seminggu lagi, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata pihak berkuasa masih menyiasat sumber pencemaran itu, sama ada berpunca daripada sektor perindustrian atau sebaliknya.

“Pihak loji telah mengambil sampel air untuk dianalisis berikutan air berkenaan berbau busuk.

“Susulan itu, kita juga telah memeriksa kira-kira 226 buah kilang di kawasan berhampiran, namun pemeriksaan setakat ini tidak menunjukkan premis tersebut mempunyai kaitan dengan punca pencemaran air berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pengurus Kanan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) 2016, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah JPS Datuk Ir Zulkefli Hassan.

Loji rawatan air Semenyih ditutup beberapa kali sebelum ini berikutan pencemaran bau sehingga menjejaskan beberapa kawasan termasuk Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling.

Menurut laporan, pencemaran itu mungkin berpunca dari Sungai Lalang di kawasan Perindustrian Teknologi Tinggi, Semenyih.

Dalam perkembangan lain, Wan Junaidi meminta kerajaan negeri Kelantan berunding dengan masyarakat Orang Asli di Gua Musang, yang mendakwa dianiaya akibat daripada aktiviti pembalakan yang dikatakan telah menjejaskan hasil hutan dan punca bekalan air kotor di kawasan berkenaan.

“Aktiviti pembalakan itu adalah dibenarkan dan kuasa mengeluarkan lesen kepada s yarikat berkenaan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Bagaimanapun, saya meminta pihak berkaitan mengambil tindakan terhadap isu ini kerana kita tidak mahu masyarakat Orang Asli di situ terasa dianiaya atau diancam kehidupan mereka,” katanya.

Akhbar hari ini melaporkan sekumpulan masyarakat Orang Asli di Kampung Gawin, Gua Musang melahirkan rasa bimbang dan terancam berikutan wujudnya aktiviti pembalakan yang didakwa tidak terkawal di kawasan penempatan mereka.

Dilaporkan, berikutan aktiviti pembalakan itu, hasil hutan berkurangan selain hidupan sungai turut menyusut. – BERNAMA

Tags: pencemaran air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Denda Kerana Mencemarkan Air Dinaikkan Ke RM10 Juta

Denda Kerana Mencemarkan Air Dinaikkan Ke RM10 Juta

16/02/2023
0

PARLIMEN | Kerajaan akan menaikkan hukuman ke atas pihak yang terbabit melakukan pencemaran air di negara ini, kata Menteri Sumber...

Suspek Pencemaran Sungai Disambung Reman

20/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Tempoh reman ke atas seorang pengarah syarikat yang ditahan berhubung kes pencemaran air di Taman Velox, Rawang,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd