Friday, February 14, 2025

Creating liberating content

Bayi Cedera Di Muka...

TIDAK dinafikan, dron merupakan salah satu permainan atau alatan elektronik yang boleh memberikan...

Imbasan 2014: Kepergian Seniman...

"Di mana kan ku cari ganti, serupa denganmu." Itu antara bait lagu alunan...

Kes Bunuh Tapah: Reman...

TAPAH - Mahkamah Majistret hari ini melanjutkan tahanan reman selama tujuh hari terhadap...

Pokemon GO Bantu Elak...

KUALA LUMPUR - Pokemon GO, permainan realiti telefon pintar, yang secara beransur-ansur menawan...

Polis Tahan 15 PATI Di Kampung Titingan

TAWAU – Polis menahan 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk enam perempuan dipercayai tidak memiliki dokumen pengenalan diri serta dokumen perjalanan meragukan di perkampungan atas air Kampung Titingan di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu dan berkata kesemua mereka yang berumur lingkungan 18 hingga 56 tahun itu ditahan dalam satu operasi bersepadu khas bersama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Katanya, operasi bermula 7.30 pagi itu turut berjaya menahan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan yang melarikan diri selepas terserempak dengan polis di kawasan Jalan Damai.

“Hasil pemeriksaan terhadap lelaki itu, polis menjumpai tiga paket plastik lutsinar mengandungi ketulan hablur dipercayai dadah jenis syabu di dalam sekotak rokok di poket seluarnya,” katanya hari ini.

Operasi yang berakhir 11.30 pagi itu turut disertai Majlis Perbandaran Tawau, Sabah Electricity Sdn. Bhd. dan Jabatan Tenaga Kerja.


Dalam pada itu, Fadil berkata operasi bersepadu itu merupakan antara pendekatan secara ‘Aggresive Policing’ oleh pihaknya yang bertujuan untuk meningkatkan rasa selamat dalam kalangan masyarakat sejajar usaha menjadikan Tawau sebagai daerah selamat, harmoni dan sejahtera. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori