• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Marin Sandakan Rampas 9,900 Biji Telur Penyu

oleh
03/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Polis Marin menahan 10 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan merampas 9,900 biji telur penyu dalam operasi khas di perairan Sandakan selama tiga hari yang berakhir hari ini.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Madun berkata tumpuan operasi ialah di kawasan Kuala Sungai Batu 2, Kuala Sungai Batu 3 hingga ke Laut Pamaguan.

Katanya 10 PATI yang ditahan terdiri tujuh lelaki dan tiga perempuan yang berusia antara 14 hingga 54 tahun.

Menurutnya operasi dijalankan bertujuan mengekang kemasukan PATI ekoran dari dasar Kerajaan Filipina yang menggunakan serangan ketenteraan ke atas Kumpulan Abu Sayyaf.

Dipercayai penduduk di kawasan terbabit akan cuba melarikan diri ke Malaysia, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad berkata turut dirampas sepanjang operasi itu adalah lima bot termasuk empat bot pam bersama enjin.

Katanya telur penyu yang dirampas bernilai RM20,500 cuba diseludup masuk untuk pasaran di daerah ini.

Beliau berkata operasi berjadual akan diteruskan bagi mengekang segala kesalahan yang dilakukan di perairan sekitar daerah ini. – BERNAMA

Tags: Telur Penyu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjara Setahun, Denda RM50,000 Miliki 1,769 Telur Penyu

Penjara Setahun, Denda RM50,000 Miliki 1,769 Telur Penyu

22/07/2022
0

SANDAKAN: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM50,000 ke atas seorang lelaki warga Filipina...

Bakal Muktamad Harga Telur Penyu

10/06/2022
0

Kuala Terengganu : Harga munasabah bagi telur penyu yang dibeli daripada pemajak di Terengganu akan dimuktamadkan kerajaan negeri tidak lama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd