• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kedah Selamat 9 Mangsa Culik, Pemerdagangan

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Sembilan lelaki yang dipercayai menjadi mangsa culik dan pemerdagangan manusia diselamatkan dari sebuah rumah di Kampung Charok Keladi, Pendang awal pagi tadi.

Mereka yang terdiri daripada lapan warga Bangladesh dan seorang warga Myanmar yang berumur antara 22 hingga 45 tahun ditemukan dalam keadaan lemah, kelaparan serta dirantai pada kaki.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata penemuan pada pukul 1.30 pagi itu adalah susulan laporan kes penculikan ke atas enam warga Bangladesh di sebuah tapak pembinaan di Sungai Petani pada 29 Ogos lalu.

“Kesemua keluarga mangsa yang berada di Bangladesh telah menerima ugutan bahawa mangsa akan dibunuh sekiranya wang tebusan sebanyak RM15,000 setiap seorang dripada mereka tidak dibayar,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata kesembilan mangsa itu dilapor telah diculik di Perak dan Kuala Lumpur.

Asri berkata susulan kes itu, empat lelaki tempatan serta masing-masing seorang lelaki Bangladesh dan Myanmar berumur antara 15 hingga 38 tahun yang disyaki terlibat telah ditahan.

Beliau berkata remaja berusia 15 tahun itu merupakan anak kepada seorang suspek berkenaan.

Dua daripada suspek mempunyai rekod kesalahan lampau melibatkan kes culik sementara lelaki Bangladesh itu dipercayai menjadi orang tengah dalam urusan memeras ugut keluarga mangsa, katanya.

Sementara seorang lagi lelaki Bangladesh dan seorang wanita tempatan yang disyaki turut terlibat sedang dikesan.

Asri berkata pihaknya percaya berjaya melumpuhkan kumpulan melakukan aktiviti pemerasan ke atas warga asing di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kuala Lumpur selama ini. – BERNAMA

Tags: pemerdagangan manusiapolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd