• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR ‘Selamatkan Diri’ Hentam DAP!

oleh AK-47
17/09/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak menghentam sekutunya kuatnya DAP sebagai langkah mengelak daripada terpalit dengan kontroversi kenyataan yang mempersenda kematian Allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din semalam.

Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dalam satu kenyataan media hari ini menegaskan PKR Pulau Pinang mengambil pendirian tindakan pemimpin DAP mempersenda kematian Haron itu sebagai biadap dan tidak bertanggungjawab.

Beliau mendakwa kononnya PKR Pulau Pinang tidak bersekongkol dengan perbuatan tersebut dan akan menjarakkan diri dengan tindakan pemimpin DAP berkenaan.

“PKR sentiasa percaya bahawa manusia itu dilahirkan mulia dan kita seharusnya meletakan kemuliaan insan sebagai satu asas penting dalam etika kita berpolitik.

“Perbezaan politik tidak seharusnya menjadikan kita hilang sifat kemanusiaan dengan mempersenda-sendakan kematian sesiapa pun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian berikutan tindakan seorang pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan biadap ke atas kematian Haron berbunyi ‘Adios Harun Din. Let there be peace’ semalam.

Berikutan kecaman hebat dilemparkan ke atas DAP, pemimpin DAP terbabit cuba berdolak dalih dengan mendakwa maksud ‘Adios’ dalam bahasa Sepanyol ialah ‘farewell’ atau dalam Bahasa Malaysia sebagai ‘selamat jalan’.

Majoriti masyarakat Malaysia yang kini cerdik Bahasa Inggeris bagaimanapun mengerti apa maksud sebenar ayat pemimpin DAP tersebut.

Umum mengetahui PAS menjadi musuh ketat DAP sejak Majlis Syura Ulama PAS membatalkan kerjasama politik dengan parti cauvanis itu pada tahun lalu demi mempertahankan akidah Islam.

DAP kini menjalin kerjasama dengan parti Islam baharu Parti Amanah Negara (PAN) dan PKR dalam Pakatan Harapan.

PKR bagaimanapun sejak penganjuran Bersih 4.0 pada Ogos lalu mula bersikap talam dua muka dengan cuba mengekalkan kerjasama dengan PAS bagi meraih sokongan umat Islam negara ini ke atas Pakatan Harapan.

Ia ekoran perhimpunan yang kononnya bertujuan menumbangkan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) itu tidak mendapat sambutan kaum Melayu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UEC Diterima Madani Masuk IPTA? Jika Benar Hebatlah DAP – Annuar

UEC Diterima Madani Masuk IPTA? Jika Benar Hebatlah DAP – Annuar

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa secara sinis memuji kehebatan DAP dalam kerajaan. Ia...

DAP Mahu Masuk Dalam Buku Sejarah? Buat Malu Anak-Anak Kita Saja – Ridhuan Tee

DAP Mahu Masuk Dalam Buku Sejarah? Buat Malu Anak-Anak Kita Saja – Ridhuan Tee

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan penganalisis politik, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan cadangan supaya jasa dan sumbangan DAP dimasukkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd