• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesakit Mental Ditembak Polis Sebab Ancam Guna Batu

oleh AK-47
23/09/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANYA kerana sebiji batu, seorang pesakit mental di Sabah dipercayai ditembak oleh anggota polis kerana dikatakan mahu cuba mempertahankan diri.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Kampung Merabung Tungku, Lahad Datu ini dapat dilihat menerusi video yang dikongsi seorang netizen, Buddy Bujang dalam laman Facebooknya pada Rabu lalu.

Dalam video yang berdurasi 2 minit itu, memaparkan seorang wanita memangku seorang lelaki dipercayai ahli keluarganya yang mempunyai penyakit mental.

Difahamkan, mangsa melemparkan batu ke arah kenderaan dan mengamuk sejak awal pagi sebelum kejadian.

Ahli keluarga dan penduduk cuba menasihati pemandu kereta dan motosikal untuk berhati-hati serta meminta bantuan daripada polis.

Lelaki tersebut dipercayai ditembak pada bahagian tubuh dengan beberapa das tembakan selepas mengamuk dan cuba membaling batu ke arah anggota polis.

Turut kelihatan dalam video tersebut, ahli keluarga mangsa yang menangis dan mempertikaikan tindakan polis melepaskan tembakan sehingga mangsa maut di tempat kejadian.

Netizen di media sosial turut mengkritik tindakan anggota polis yang melepaskan tembakan dalam kejadian kira-kira jam 7.20 pagi, Rabu lalu.

“Kalau pun mangsa serang polis patut ke sampai nak tembak…mana hati perut ko polis…bukannya mangsa ada pistol pun.. aduh senang betul nak ambil nyawa orang.. al-fatihah buat mangsa…,” komen Muhammad Nazmi dalam Facebook.

“Polis ada bah yang terlatih menghadapi orang tak bersenjata, kalau terpaksa pun tembak lah bahagian kaki ka.. adui sedih betul kenapa jadi macam ni.. Polis sepatutnya bijaksana, kan terlatih.. maaf bukan semua polis kita katakan begitu, ditujukan pada polis dalam kes ni.. harap maklum.. Semoga perkara ni tidak berlaku lagi, jadi pengajaran,” komen Jackie Jack.

Media tempatan sebaliknya melaporkan, mangsa yang berusia 40-an ditembak selepas bertindak agresif dan didakwa cuba mencederakan orang awam.

Turut tercedera dalam kejadian itu, seorang anggota polis akibat terkena batu yang dilemparkan mangsa. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ditembakkes tembakPesakit Mentalpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd