• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlis Bakal Wartakan Kawasan Larangan Merokok

oleh Ahmad Albab
26/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Kerajaan Perlis bakal mewartakan kawasan rekreasi dan pasar tani sebagai kawasan larangan merokok pada tahun depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Jafperi Othman.

Beliau berkata setakat ini dikenal pasti sebuah kawasan rekreasi di bawah Jabatan Perhutanan, sebuah kawasan rekreasi di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran dan sebuah pasar tani untuk dikuatkuasakan larangan itu.

Katanya langkah itu diambil kerana walaupun Majlis Fatwa Negeri Perlis mewartakan merokok adalah haram sejak Julai 2014, namun penduduk di negeri ini termasuk wanita masih terus merokok.

Ini adalah tambahan daripada kawasan awam yang sudah diwartakan kawasan larangan merokok seperti pejabat kerajaan, hentian pengangkutan awam, rumah ibadat dan restoran berpendingin hawa, katanya.

Jafperi berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia dan Kem Nak Sihat peringkat negeri di Dewan 2020, di sini hari ini.

Beliau berkata individu didapati bersalah merokok di kawasan larangan merokok berdepan kompaun antara RM250 hingga R1,000.

Katanya merokok bukan sahaja memberi kesan buruk kepada perokok tetapi mereka yang tidak merokok tetapi menyedut asap rokok di samping membebankan perbelanjaan perubatan kerajaan untuk merawat pesakit kronik saperti kanser dan jantung akibat merokok.

Menurut Jafperi, dalam perkiraan kasar bagi tempoh 20 tahun setiap perokok membelanjakan lebih RM80,000 untuk membeli rokok sedangkan wang sebanyak itu sudah mampu membina sebuah rumah.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri Dr Zaini Hussin berkata bagi Januari hingga Jun tahun ini pihak jabatan mengeluarkan lebih 300 kompaun terhadap individu didapati merokok di kawasan larangan merokok. – BERNAMA

Tags: Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd