• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perginya Dr. Haron Din: Yang Tinggal Pula?

oleh Ahmad Albab
21/09/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HARI ini seorang profesor kelas A memberitahu, betapa sukarnya mendapatkan khidmat pakar kewangan Islam untuk menjadi tenaga pensyarah di universiti.

“Mereka kini dimiliki oleh bank sebagai ‘Penasihat Syariah’. Sebuah bank tawarkan RM10 ribu. Menjadi pakar di tiga bank, hasilnya jauh lebih lumayan daripada berkhidmat di universiti,” katanya.

Kata profesor senior ini, pendapatan masa kini di universiti sudah tidak kompetitif untuk memikat pakar kewangan syariah kerana gaji profesor tidak besar. Beban kerja pula berat dengan tugas mengajar dan penyelidikan.

“Di bank, semuanya mudah dan selesa serta tugas utama hanya menasihati sistem dan model perbankan syariah,” katanya dengan nada realisitik.

Hal yang sama berlaku di industri penyiaran. Kali ini membabitkan pelbagai kategori ilmuwan dan agamawan Islam. Setiap tawaran bersiaran, bayarannya mesti kompetitif dan terbaik berbanding apa yang ditawarkan stesen saingan.

“Kita mengalami krisis teruk dengan demand ilmuwan Islam. Program agama dihasilkan bersifat dakwah. Bukan program komersil yang ditaja jenama besar.

“Tetapi demand bayaran yang dituntut ilmuwan Islam ada kalanya di luar kemampuan,” rungut seorang operator TV yang turut berada di ruang menunggu di luar Bilik Menteri.

Mengingatkan semua cabaran besar terutama kos kepakaran yang perlu dibayar apabila mahu mendapatkan khidmat pakar lulusan Islam ini, sebenarnya bukan isu baharu atau satu kejutan.

“Ini lumrah,” kata profesor itu: “Mereka akan berkata, jangan kedekut bayar untuk ilmuwan Islam ketika anda mampu membayar lebih kepada kepakaran setara yang lain!”

“Ya,” kata operator TV: “Itu juga dilema kami di media massa. Orang agama akan kata, jangan bab agama nak murah atau percuma!”

Ini memang realiti yang menyedihkan. Tetapi ia bukan kejutan. Pada 2006, seorang rakan memaklumkan: “Seorang ustaz mengenakan caj RM6 ribu untuk penggambaran babak mengislamkan semula seorang pesakit AIDS yang murtad dan sedang di ambang maut!”

Walaupun sudah dijelaskan bahawa dokumentari ini bersifat khidmat sosial dengan dana sumbangan agensi kerajaan, kata penerbit itu, ustaz yang dijemput kerana popularitinya itu bertegas dengan sikap tiada toleransi dalam soal bayaran. Alasannya, kerana penggambaran memakan masa dua hari dua malam.

“Saya terpaksa cari orang lain ganti,” kata penerbit dokumentari itu dengan nada kecewa. “Saya cari ustaz ini kerana dia popular dan namanya bakal membantu kempen kesedaran terhadap pesakit AIDS. Tetapi soal bayaran jadi kekangan!”

Mengimbau perginya Datuk Dr. Haron Din, ulama dan ilmuwan tersohor kerana cintanya pada syiar Islam, kita semakin terasa kehilangan. Apa lagi ketika mengenangkan siapa lagi yang tinggal.

Masih ramai yang masih berjiwa dakwah seperti Dr. Haron Din yang mengutamakan syiar Islam. Namun, pada masa sama, terlalu ramai lagi yang muncul sebagai ilmuwan dan agamawan yang demand dengan bayaran.

Kita terasa sedih dengan yang telah pergi. Pada masa sama, kita ngeri dengan wajah-wajah yang masih ada. Ini kerana semuanya meletakkan ilmu dan dakwah dengan harga yang luar biasa. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Haron Dinmeninggal dunia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Permata, Rosmah Tak Pernah Mohon Anugerah UNESCO

Next Post

Angelina Jolie Fail Tuntutan Cerai Terhadap Brad Pitt

Related Posts

PM ke-5 Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

PM ke-5 Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

14/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, hari ini....

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

10/04/2025
1

JOHOR BAHRU : Seorang bayi lelaki berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di...

Next Post

Angelina Jolie Fail Tuntutan Cerai Terhadap Brad Pitt

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd