• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pentingnya Kerjasama Jitu Untuk Menangi P.Pinang

oleh Ahmad Albab
10/09/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menasihati parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk mengikut rentak gerak kerja UMNO di Pulau Pinang untuk mengambil alih negeri itu daripada pembangkang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

UMNO sedia berkongsi ilmu dan membantu parti seperti Gerakan dan MCA serta meningkatkan lagi kerjasama dengan semua parti komponen BN untuk memenangi negeri itu, katanya semasa berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Balik Pulau, di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata apa yang penting adalah untuk semua parti komponen BN meningkatkan lagi kerjasama bagi memastikan kemenangan BN.

“Jentera-jentera BN dilihat hanya harapkan jentera UMNO,” katanya dan menurutnya semua parti komponen BN perlu mencontohi gerak kerja UMNO untuk meraih kemenangan.

Beliau berkata parti komponen BN tidak harus sombong dan angkuh serta berasa malu untuk menerima tawaran bantuan daripada UMNO kerana matlamat BN adalah untuk menawan semula Pulau Pinang daripada pembangkang.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut melancarkan jentera pilihan raya UMNO Bahagian Balik Pulau. Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan yang juga Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman dan barisan kepimpinan UMNO Bahagian Balik Pulau.

Ahmad Zahid berkata untuk menang dalam pilihan raya perlu kesepaduan dan sikap setiakawan yang kukuh dan berterusan bukan sahaja dalam kalangan pemimpin parti komponen BN, tetapi juga di peringkat akar umbi.

“Di Pulau Pinang, kita (BN) kecundang sebab tidak ada perpaduan dalam kalangan kita…hingga sekarang demam itu tidak pernah kebah. Rakan-rakan dalam BN bangkitlah, bangunlah, larilah bersama UMNO untuk merampas semula Pulau Pinang,” katanya.

Ahmad Zahid turut menyatakan kesediaannya membantu gerak kerja BN di Pulau Pinang dan berkata beliau akan kembali semula ke negeri ini dalam 30 hari akan datang untuk mengadakan perjumpaan dengan empat peringkat jentera semua parti komponen di negeri ini.

Beliau berkata dalam politik tiada istilah merajuk dan kecil hati sebaliknya orang politik ‘makin ditekan makin bersemangat’.

Ahmad Zahid turut mengingatkan pemimpin agar tidak menjadi ‘pemimpin bermusim’ yang hanya turun padang pada waktu pemilihan dan pilihan raya.

Beliau menyeru rakan-rakan komponen menarik semula sokongan orang Cina dan India kepada BN dan mendekati serta membantu mereka menangani isu kemiskinan luar bandar.

“Tidak mustahil jika rakyat keturunan Cina dan India di Pulau Pinang juga merasa bahawa apa yang dilakukan kerajaan Pulau Pinang tidak dapat memenuhi kemahuan mereka sebagaimana mereka jangkakan,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Dakwa Kuasa Raja Terhad Kepada Perkara-Perkara Tertentu

Tony Pua Dakwa Kuasa Raja Terhad Kepada Perkara-Perkara Tertentu

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kuasa raja mungkin sedikit berbeza antara negeri, namun secara umumnya kuasa tersebut terhad kepada perkara-perkara tertentu, dakwa...

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di Klinik Kesihatan Setapak merupakan inisiatif sokongan komunikasi kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd