Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

2,775 Mangsa Pencemaran Toksik...

PASIR GUDANG - Sehingga pukul 12 tengah hari hari ini, jumlah mangsa yang...

Malaysia Tak Tawar Kemudahan...

KUALA LUMPUR - Malaysia menafikan menawarkan kemudahan ketenteraan kepada Amerika Syarikat (AS) bagi...

JPJ Sasar Kutipan RM4...

MELAKA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan kutipan hasil RM4 bilion tahun ini...

TPM Ucap Takziah Pemergian...

BEIJING - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Ketua Menteri Sarawak Allahyarham...

Peniaga @Alor Setar, ONE SSM Nak Mai Tempat Hangpa!

PROGRAM anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang telah berjaya membantu banyak pengusaha dalam talian, Karnival ONE (Online Networking Entrepreneurs) SSM kini meneruskan siri jelajahnya ke utara tanah air.

Bertempat di Aman Central, Alor Setar, Kedah pelbagai acara menarik telah dirancang pada tarikh 7 dan 8 Oktober 2016.

Selain memudahkan pendaftaran perniagaan menerusi kaunter bergerak yang disediakan, amat rugi jika para peniaga online mahupun mereka yang berminat menceburi perniagaan melepaskan kesempatan menyertai salah satu program yang telah diatur pada karnival berkenaan iaitu sesi perkongsian ilmu bersama selebriti usahawan online.

ssm one kedah

Selain itu, pengunjung berpeluang menyertai seminar dan forum keusahawanan online #BETHEONE sekaligus didedahkan tentang kelebihan menjadi usahawan berdaftar dan kemudahan mendapat geran pinjaman perniagaan.

SSM-ONE Berjaya! – Platform Terbaik Buat Peniaga Online


Karnival ONE juga sesuai dikunjungi seisi keluarga kerana terdapat aneka pameran dan gerai jualan yang dibuka, selain terdapat kuiz, peraduan, pertandingan karaoke, mewarna dan “Entrepreneur Hunt” yang boleh disertai.

Tidak ketinggalan, program kecergasan HEALTHY#ONE yang memberi peluang untuk beriadah beramai-ramai dalam suasana mesra.

Jadi orang Loqstaq dan sekitarnya.. jangan lupa mai Karnival ONE-SSM 7 dan 8 Oktober ni naa! – MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori