• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penghantar Kargo Didakwa Cederakan Jiran Dengan Senjata

oleh Ahmad Albab
07/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Seorang pekerja penghantar barang di sebuah syarikat kargo mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mencederakan jirannya menggunakan senjata, Jumaat lepas.

Syamsuri Yusoff, 50, didakwa dengan sengaja telah mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata ke atas jirannya Noor Shahfiza Yusoff, 38, di perkarangan Blok 2F-1, Permatang Damar Laut, Bayan Lepas di sini pada jam kira-kira 12.30 tengah hari, 2 Sept lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Mahadi menawarkan jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan syarat tambahan supaya tertuduh tidak mendekati mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes itu selesai.

Peguam Datuk V.M Ravindran yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM3,000 atas alasan anak guamnya hanya bekerja sebagai penghantar barang kargo dan isteri tidak bekerja.

Majistret Nur Azzuin Abdul Moati membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Okt depan untuk sebutan kes itu.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh untuk tidak mendekati mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai. – BERNAMA

Tags: jirankes pukul
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

13/08/2025
0

Batu Pahat: Lelaki yang memukul guru sekolah memandu hingga berlumuran darah serta merosakkan kenderaan di perkarangan Balai Polis Parit Sulong,...

Kes Lelaki Diikat, Dipukul Hingga Maut: 5 Penghantar Makanan Didakwa Membunuh

Kes Lelaki Diikat, Dipukul Hingga Maut: 5 Penghantar Makanan Didakwa Membunuh

27/02/2024
0

Bangi : Lima penghantar makanan didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi, di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd