• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penggunaan Dron Semasa Perhimpunan Dilarang

oleh AK-47
23/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penggunaan dron oleh pihak persendirian dalam sebarang perhimpunan adalah dilarang atas faktor keselamatan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata hanya pihak polis diberi kebenaran menerbangkan dron ketika acara itu berlangsung, antaranya bagi memantau pergerakan peserta dan merakam wajah individu yang perlu dirakam.

“Larangan ini terpakai kepada semua pihak termasuk organisasi media dan orang perseorangan,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan ‘Eye In The Sky’, satu inisiatif Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membawakan laporan trafik secara langsung dari udara, di sini hari ini.

Khalid berkata penggunaan dron dalam penugasan pemantauan polis telah mula digunakan sejak penghujung tahun lepas.

Ketika ini, katanya, penggunaan dron tertumpu di Lembah Klang kerana banyak acara membabitkan penglibatan ramai orang seperti perhimpunan jalanan namun ia boleh digerakkan ke negeri lain mengikut keperluan.

Dalam usaha meningkatkan penggunaan dron secara lebih efisien, Khalid berkata PDRM sedang melatih 12 anggota dan pegawainya dalam semua aspek termasuk teknikal dan cara pengendalian kenderaan tanpa pemandu tersebut.

Katanya pihaknya juga sedang melihat Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam pengendalian alatan itu, yang kini telah menjadi sebahagian daripada Unit Udara PDRM.

Setakat ini, PDRM memiliki empat buah dron dan jumlah itu akan ditingkatkan selepas anggota dan pegawai yang sedang dilatih menguasai kemahiran secukupnya dalam mengendalikannya, katanya.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata PDRM sedia melatih warden kawalan lalu lintas sekolah dalam aspek menjaga keselamatan murid berikutan kekerapan kes kemalangan melibatkan pelajar di perkarangan sekolah.

“Kita juga syorkan kepada Kementerian Pendidikan supaya menggunakan khidmat polis bantuan dalam mengendalikan hal itu dan perkara tersebut kini dalam peringkat rundingan sebelum dimuktamadkan,” katanya.

Mengenai Eye In The Sky, Khalid berkata program kerjasama dengan Kumpulan Radio Star Media (SMRG) itu memberi peluang kepada pihaknya menyampaikan maklumat terkini mengenai keadaan trafik dan panduan laluan alternatif secara langsung kepada pendengar dan pengguna media sosial melalui radio Suria FM dan 988.

Laporan daripada udara melibatkan seorang wakil SMRG dan empat wakil PDRM dan pasukan Unit Udara PDRM itu akan ke udara tiga kali seminggu di waktu pagi dan petang dengan semua laporan termasuk video dan gambar akan turut dikongsikan melalui Twitter @SuriaFMMlaysia dan @988, katanya. – BERNAMA

Tags: dronpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd