• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Mengaku Tak Bersalah Cuba Bunuh Wanita OKU

oleh AK-47
14/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur lelaki hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan cuba membunuh seorang wanita kurang upaya (pekak dan bisu) awal bulan ini.

M.Lavindran, 18 minta dibicarakan selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Kunasundary Marimuthu. Dia didakwa cuba membunuh dengan memukul S.Rohini, 58, di Flat Sri Kelantan, Sentul di sini pada pukul 10.30 pagi, 5 September lepas.

Rohini masih dirawat di hospital kerana kecederaannya adalah parah dan boleh membawa maut. Pertuduhan ke atas Lavindran adalah menurut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan Lavindran diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin. Tertuduh diwakili oleh peguam Gary Gomez manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 30 September ini. Sementara itu di Mahkamah Sesyen yang sama, seorang pemandu traktor mengaku
tidak bersalah atas tuduhan merompak secara berkumpulan terhadap seorang pemandu teksi yang didakwanya mencuri barang miliknya bernilai RM6,000.

P.Shangkar yang didakwa melakukan rompakan itu bersama seorang lagi lelaki yang masih bebas mengaku tidak bersalah merompak sebuah telefon bimbit , Redmi Note 2 bernilai RM4,000 dan wang tunai RM2,000 milik Khairul Anuar Amir Hassan, 58, dalam insiden yang berlaku di hadapan Mahkamah Syariah Jalan Duta, Sentul, di sini pada pukul 5.10 pagi, 13 April tahun ini.

Dia didakwa di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 397 kanun yang sama, membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga boleh dihukum sebat, jika sabit kesalahan.

Tertuduh didakwa menggunakan pengunci motosikal sebagai senjata di dalam rompakan itu. Shangkar yang tidak diwakili peguam tidak dibenarkan diikat jamin kerana tiada penjamin hadir di mahkamah. Mahkamah menetapkan 30 September ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: bunuhmahkamahOKU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

12/05/2026
0

KOTA BHARU – Seorang penuntut kolej dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Kolej...

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd